basmalah Pictures, Images and Photos

Sunday, December 30, 2007

SEBAB HATI MATI

dipetik daripada Halaqah.net
kiriman NCO



SEBAB HATI MATI

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Buku : Kitab Tazkiyah; Metode Pembersihan Hati Aktivitis Dakwah

7 HAL AGAR SELALU TAKUT KEPADA ALLAH

Dipetik daripada Halaqah.net
kiriman Akhafullah



Abu Al-laits sebagaimana Imam Al-Ghazali dalam “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 hal agar selalu takut kepada Allah:

1. Takut kepada lidah.
- Mencegah lidahnya dari perkataan dusta, menfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna. Sebalknya ia menggunakan pada jalan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.

2. Takut kepada kalbu.
- Mengeluarkan daridalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian, dan
hasad dengki.Ini kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana hadith jujungan mulia: “Hasd dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering”

3. Takut pada pandangan.
- Tidak memandang sebagaimana perkara-perkara yang diharamkan
Allah. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”

4. Takut pada perut.
- Tidak memasukkan ke dalam perutnya segala makanan dan minuman
yang haram. Sebagaimana hadith yang bermaksud: “Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”

5. Takut pada tangan .
- Tidak menggunakan kepada jalan kemungkaran. Sebaliknya pada jalan yang diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w : “Allah s.wt membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masin-masing memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”

6. Takut pada kaki.
- Tidak berjalan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sebaliknya ia bejalan pada ketaatan dan keredhaan Allah serta dalam bergaul dengan para ulama.

7. Ketaatan.- Menjadikan ketaannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah serta takut akan riak dan kemunafikan. Apabila melakukan hal itu, termasuklah ia dalam orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya di dalam surah At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35.

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Dipetik daripada Halaqah.net
kiriman nur


:)

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

dipetik daripada ukhwah.com
kiriman 2h471f




BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci. Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau
pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi
padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang
tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak
kecil yang belajar
mengaji.......

Sekarang. Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku
tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai
pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar
engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk
menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan
dalam kesendirian ,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. Aku engkau
pendamkan.
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada
padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang. Aku kau baca
beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang... seawal pagi sambil minum
kopi... engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku
karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang
datang dari Allah
Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau
lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau
lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang
terdapat di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu
tertuju ke stasyen radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau
baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favorite-mu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang
mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau
sanggup duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan
dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau
membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak
semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika
membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu
sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer
dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s. w. t yang ada
padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s. w. t
Sekarang engkau begitu enteng membuang
waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada
Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau
hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah
nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan
melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku
kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah
ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha
Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui
Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari,
lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat
Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam
hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Mahabenar Allah, yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan
diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal didalamnya."(QS Al A'raaf : 36).

Friday, December 28, 2007

8 anugerah..

Dikirim daripada friendster
oleh enigma



**Siapa yang meninggalkan cakap yang
berlebihan, dianugerahi kepadanya
kebijaksanaan.

**Siapa yang meninggalkan pandangan
yang berlebihan, di anugerahi kepadanya
kekhusyukan hati

**Siapa yang meninggalkan makan yang
berlebihan, di anugerahi kepadanya
kelazatan ibadah

**Siapa yang meninggalkan ketawa yang
berlebihan, di anugerahi kepadanya
kehebatan (dalam dirinya)

**Siapa yang meninggalkan gurauan yang
berlebihan, di anugerahi kepadanya
keindahan (budi bahasanya)

**Siapa yang meninggalkan cinta kepada
dunia, ia di anugerahi rasa cinta
kepada akhirat

**Siapa yang meninggalkan kesibukan
(menghitung) keaiban orang lain, ia di
anugerahi (kesempatan) untuk
memperbaiki aib dirinya sendiri

**Siapa yang meninggalkan perbuatan
menyelidiki tentang bagaimana keadaan
Allah swt, maka ia dianugerahi
keselamatan dari iktikad orang munafik

Wednesday, December 26, 2007

Tahun Baru, Azam Baru dan segala2nya baru

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


Bertemu kita sekali lagi dlm laman blog saya ini, Sedar x sedar kita dah nak melangkah tahun 2008 dan beberapa hari selepas itu, kita juga akan melangkah ke tahun baru 1429 H.

Apakah azam dan apa yang kita rancangkan dlm tahun 2007/1428 ni sudah terlaksana kesemuanya atau paling tidak pun separuh daripadanya sudah terlaksana atau tidak terlaksana langsung. Fikir-fikirkanlah.

Nabi pernah bersabda yang mafhumnya ialah hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan. Kita digalakkan bermuhasabah atau berfikir sejenak diri kita sebelum kita tidur tentang apakah yang aku lakukan hari ini memberi manfaat, berfaedah atau tidak? Supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Kepada semua, pada awal tahun tentulah sibuk kita dengan urusan dunia, yerla, anak-anak masuk sekolah, ada yang daftar semester baru, ada yang baru memulakan kerja, ada yang masih tercari-cari pekerjaan dan sebagainya. tapi adakah kita tidak terlintas dalam fikiran kita, kita banyak disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, sampai kita terlupa hendak fikirkan masalah kita di akhirat nanti.

Kita diseru bukan utk mengejar akhirat semata-mata, duduk berzikir setiap masa, tapi kita kenalah melakukannya dengan seimbang. Kita hanya memikirkan mencari rezeki untuk jasmani kita sahaja, kita tidak memikirkan masalah untuk diberi makan pada rohani kita, sebab itulah kita sanggup apa sahaja tanpa mengira halal dan haram, pahala atau dosa.

Kita juga dipengaruhi dengan faktor persekitaran, terima apa sahaja yang ditonjolkan dalam televisyen tidak kira yang berbayar atau percuma, dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan sebagainya.

Kita jangan sedih bila generasi kita yang akan datang lebih teruk daripada zaman kita sekarang. Biasalah, zaman dah berubah, itu dulu, zaman sekarang kan zaman terknologi, itulah yang kita selalu dengar. Bukan kita diseru supaya jumud, tidak boleh menerima sebarang kemajuan, tapi biarlah agama mengatasi segala-galanya. Kita hendaklah bertindak mengikut apa yang disarankan agama, tidak salah mengejar kemajuan, tapi jangan sampai kemajuan itu melalaikan kita mengingati Tuhan kita, sampai kita akan mati pada satu hari nanti, adakah kemajuan akan kita bawa bila kita sudah meninggal nanti, yang dibawa hanyalah amalan kita di dunia, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh dan mendoakan kita.

cukuplah setakat itu dahulu, peringatan buat kita semua, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang silap itu, datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Tuesday, December 25, 2007

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

dipetik dari ukhwah.com
kiriman ukhuwwah_mml


Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

Monday, December 24, 2007

Peringatan Kepada Semua

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang.. Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat..Mungkin malam JUMAAT?Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....Dan sudah pasti waktu ada kematian...Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?Kerana..Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA..Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka..Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH!Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!Ya aku CINTA ALLAH!!Dia adalah sumber kewujudanku dan PenyelamatkuIA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.Ini adalah ujian yang mudah.Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu...Kirimkan kepada orang dan kepada pengirim anda.Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.Susah vs. SenangKenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh?Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.Solat adalah yang terbaik....Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Sunday, December 23, 2007

Ciri-ciri teman sejati

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;

-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Aurah Wanita

Dipetik dari kiriman ainulhaq

daripada laman web halaqah.net

1 . Bulu kening Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki ) " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki

b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "

a ) bersolek ( make-up )

b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31 " Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara ) " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32 " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31 " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina)dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

12 . Pakaian " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang

b ) Berpakaian ketat / membentuk

c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu " Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan mentaati suaminya, segala makhluk, burung yang terbang, ikan dilaut, malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Peringatan kepada kita semua !!!

Salam... emm,sila laa hayatinya ek... kalau ada terasa, saya minta maaf.. tp sila la perbaiki diri n mahasabah diri selalu... :)

Zaman sekolah ber 'ana-enti',
Sekarang hilang diterbangkan angin;
'Aku-engkau' jadi pengganti,
"Ana rindulah sama Al-Amin..

"Bertudung labuh ayu sentiasa, (iyakah?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,
Entah bila nak 'ayu' semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap dengan laki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar dengan buah hati, (especially at Friendster)
"Kak, rasa malu tu campak pergi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk saja,
"Alah. Aku banyak kerja lain lah..."

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak Al-Amin berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi'il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu Kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;
"Tak payah lah kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
"Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!"

kasihan ustaz mengajar kita,
kasihan mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

Tuesday, December 11, 2007

Kenangan di pulau

ya



Salam


Bertemu kembali dalam blogspot saya ini.



Di sini, saya ingin berkongsi kisah pengalaman hidup saya semasa saya berada di sekolah. Lokasi sekolah saya terletak di tepian pantai Pulau Banggi. Hanya berjalan beberapa minit sahaja, sudah sampai ke rumah guru yang saya diami.


Pertama sekali saya ingin menceritakan suasana di sekolah tersebut. Buka sahaja pintu rumah sudah mengadap pantai yang indah sekali. Kalau orang baru, mesti seronok kerana merasakan seperti tinggal di resort. Tapi kalau dah selalu, pasti menjemukan ibarat kata orang, berat lagi mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tapi nak wat camner, dah rezeki saya di situ, redha jerla demi perjuangan mendidik anak bangsa.


Pada waktu malam, sungguh menyeronokkan kerana laut diterangi dengan cahaya lampu kapal2 laut, kapal dagang yang belayar menuju destinasi masing2.


Satu pengalaman yang berharga ialah melihat orang menjala ikan. Di sini, satu perkara pelik, kerana letak sahaja pukat di tepian pantai pada waktu senja, dan mengambilnya pada awal pagi, akan adalah rezeki walaupun tidak seberapa, tapi cukuplah untuk dibuat lauk pada hari tersebut.





Jangan Menyokong Pemerintah Zalim

"Dipetik dari Harakahdaily.net"


AYER MOLEK, 11 Dis (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengingatkan umat Islam di negara ini agar jangan menyokong golongan zalim yang memerintah Malaysia sekarang. -->

"Jangankan menyokong, condong pun tidak boleh.
"Pemerintah yang memerintah sekarang jelas melakukan kezaliman di mana kezaliman paling besar ialah syirik kepada Allah contohnya upacara mengalungkan bunga di Tugu Negara yang diamalkan oleh pemimpin sekarang,"tegas beliau.
Menurut beliau juga, Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sudah lama mengeluarkan fatwa ianya haram dan fatwa tersebut digazetkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Malangnya kerajaan Islam Hadhari melanggarnya, jadi siapa yang menyokong kerajaan syirik, mereka turut sama dapat sahamnya,"katanya lagi ketika berceramah di rumah Haji Karim Mohamad di Ayer Molek di sini baru-baru ini.
Dr Haron juga kesal dengan sikap kerajaan yang tidak menghiraukan kesengsaraan rakyat yang menderita akibat kenaikan harga barang.
Beliau dengan sinis mentafsir BN sebagai - Barang Naik, Bila Naik - Baru Naik, Berapa Naik - Banyak Naik.
"Begitu juga dengan kadar tol yang turut naik yang jelas membebankan rakyat. Kerajaan tunduk kepada syarikat yang mengendalikan lebuh raya dengan menandatangani kontrak berat yang sebelah. Akhirnya rakyat yang menderita," tambah beliau.
Selain itu, Dr Haron turut kesal dengan kegagalan syarikat Petronas milik kerajaan yang gagal membayar zakat dengan hasil minyak yang diklasifikan sebagai harta rikaz.
"Petronas untung RM42.6 bilion untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, kalau kita anggarkan setahun Petronas boleh dapat RM85.2 bilion, malangnya Petronas tidak pernah membayar zakat seperti dijawab di dalam sidang parlimen," tambah Dr Haron.
Ini kerana katanya, kerajaan yang memerintah hari ini tidak mementingkan hukum Islam sehinggakan majoriti syarikat-syarikat besar di Kuala Lumpur tidak membayar zakat.
Ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek tersebut telah mendapat sambutan di luar dugaan. Turut berceramah bersama beliau pada malam itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.- pemudabukitkatil.blogspot.com -->

Monday, December 10, 2007

10 Perkara Yang Membatalkan Syahadah

1) Syirik dalam beribadah kepada Allah s.w.t.

2) Bertawasul dengan makhluk.

3) Tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya.

4) Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa ideologi di dunia ini lebih baik dari apa yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

5) Membenci apa yang dikatakan sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w.

6) Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.

7) Menilik nasib atau bermain sihir.

8) Membantu orang kafir dalam menentang Islam.

9) Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi
kesalahan kerana semua agama adalah sama.

10) Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.

Sunday, December 9, 2007

Kenangan



Salam


Sedar x sedar sudah 2 tahun aku berkhidmat sebagai pendidik di SK Kapitangan, Kudat Sabah. Berbagai cabaran dan dugaan telah kulalui.

Buat makluman semua, untuk aku pergi ke sekolah tersebut dari Kudat menaiki feri selama 1 jam 30 minit sehingga ke Jeti Karakit. Dari Jeti Karakit pula menaiki pick-up selama 2 jam ke Kapitangan, dan selepas itu menaiki "pump-boat" atau berjalan kaki. Jika menaiki "pump-boat" perjalanan mengambil masa selama 45 minit manakala jika berjalan kaki pula mengambil masa satu jam setengah.

Di sekolah pula, aku tinggal di rumah guru yang disediakan. Pada waktu malam, kekadang generator dihidupkan, kekadang bertemankan lampu minyak tanah sebagai cahaya. Jika generator dihidupkan, ia akan bermula pada jam 7.00 mlm dan akan dimatikan pada jam 10.00 atau paling lewat jam 11.00 mlm.

Di sekolah juga, banyak pengalaman yang aku perolehi, seperti sebelum ini, aku tidak pandai langsung memasak, masak nasipun dulu pakai periuk elektrik, tapi di sini, aku tpaksa pakai dapur gas, kekadang aku masak nasi jadi hangit, lembik dan macam2 lagi. Tapi sekarang, aku dah pandai walaupun tidak seexpert mana, tapi bolehlah dimakan. Aku berasa bersyukur kerana jika aku tidak berada seperti ini, nescaya aku tidak akan mempunyai pengalaman ini.

Salam perkenalan

Dengan lafaz Bismillah pembuka bicara.



Akhirnya, tercapailah impian saya untuk memiliki laman blog sendiri walaupun banyak kekurangannya. Kekurangannya ini akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Saya akan berkongsi dengan semua berkaitan peribadi saya, isu, masalah dan sebagainya.



Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam menjalani kehidupan seharian sebagai hamba di muka bumi ini. Insya Allah

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi