basmalah Pictures, Images and Photos

Sunday, November 30, 2008

Sekadar Muhasabah Diri

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


Salam perjuangan utk semua pembaca blog sy ini,
diharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Untuk pertamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan limpah kurnianya, dapat kita bernafas dan dapat kita meneruskan kehidupan kita seharian, di samping diberikan kita rezeki.

Setiap hari, pasti kita disibukkan dengan perkara seharian, ada yang bersiap pergi kerja, ada yang menguruskan rumahtangga, ada yang sedang menghadapi peperiksaan, ada yang mengikuti kursus dan sebagainya.

Sedar x sedar, pernahkah kita terfikir, ketika kita bergembira, ada juga yang berduka, tidak kiralah yang berduka kerana ada saudaranya yang sakit, yang sedang nazak, ada yang menghadapi penyakit, ada yang kehilangan saudaranya dan macam-macam lagi.

Cuba anda semua renungkan, pernahkah anda sebelum tidur, anda semua bermuhasabah atau "post-mortem" diri kita, apa yang kita lakukan sepanjang hari tersebut, adakah kita melakukan kebaikan atau adakah kita membuat kesalahan, tidak kiralah untuk kebaikan atau keburukan untuk diri kita atau untuk orang lain.

Pernahkah kita bersyukur jika kita melakukan kebaikan dan berharap kita akan melakukan kebaikan lagi untuk hari-hari yang seterusnya, atau pernahkah kita bertaubat atau bertekad tidak akan mengulangi kesalahan samada kesalahan kepada diri kita atau kepada orang lain. kita menyesal dan tidak akan melakukan kesalahan itu kembali pada hari yang seterusnya.

Saya mengatakan begitu adalah kerana kita semua tidak tahu bilakah kita akan dijemput untuk menghadap Yang Maha Esa. Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput ke sana. Samada kita bersedia atau tidak bersedia, sedarlah bahawa kematian itu akan tiba saatnya. Samada kita mengharapkannya atau tidak.

Tujuan saya mengatakan sedemikian, supaya kita merenung kembali, berapa banyakkah bekalan kita pada setiap hari untuk kita bawa menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ianya cukup atau sekadar sahaja. Sedarlah, kita sebenarnya lupa atau alpa dengan kemewahan keduniaan semata-mata, samada kita sedar atau tidak.

Contohnya kita disibukkan dengan urusan dunia seperti projek, keluarga, hiburan dan sebagainya. Sebab itulah sekarang banyak berlaku gejala yang membawa kepada keburukan seperti rasuah, lesbian, menagih dadah atau sebagainya.

Bila kita akan bertaubat dan insaf daripada melakukan perkara keburukan???
Ada yang menjawab, rileksla, umur masih panjang lagi, belum tua lagi, belum sampai seru lagi, saya sibuk lagi, tidak ada kesempatan lagi, biarlah orang lain dulu dan banyak lagi alasan yang diberikan. Inilah sikap kita, banyak alasan daripada perlakuan, kerana manusia skrg bijak-bijak belaka, bijak dalam mencari alasan. Samada alasan itu logik atau tidak.

Sampai bilakah kita akan memberi alasan itu??? Sedarlah..... setiap hari umur kita akan meningkat, jangka hayat kita pun akan berkurangan, adakah kita tidak risau, apa persediaan kita untuk menghadap Illahi, contohnya seperti seseorang yang akan menghadapi ujian atau peperiksaan, luluskah mereka jika tidak bersedia dngan jawapan atau ilmu untuknya menghadapi ujian tersebut????

Kesian jika kita pergi ke masjid untuk menunaikan solat lima waktu, berapa ramaikah anak-anak muda atau golongan muda yang bersolat di sana, kebanyakannya dipenuhi oleh golongan tua atau yang "dah pencen". Bilakah masjid akan dipenuhi oleh golongan muda???

Sebabnya majoriti golongan muda berada di tempat-tempat hiburan, pusat membeli belah, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya.

Itulah kita kenalah sedar dan melakukan perubahan dalam diri kita agar kita akan menjadi insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Hanya sekadar itulah dulu, renungan kita untuk kali ini, sehingga kita berjumpa lagi pada masa-masa yang akan datang, Insya Allah, apa yang baik itu datangnya daripada ALlah dan apa yang silap itu datangnya daripada kelemahan sy sendiri.

Friday, November 28, 2008

40 Kesilapan Mendidik Anak

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..Hargai dan sayangilah merekaKepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan....

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Wednesday, November 26, 2008

Surat dari Iblis

Surat Dari Iblis
( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)
(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

************ ********* ********* **********

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu..
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun

Tuesday, November 25, 2008

Bacaan Al-Fatihah

Assalamualaikum....

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!! (nauzubillah)

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

p/s: Oleh sebab itu marilah kita sama memperbetulkan makhraj dan menggunakan kaedah pembacaan alquran yang betul (tartil)....bukan sahaja utk membaca Surah Al-Fatihah...tapi utk membaca Al Quran

Lelaki dan Wanita, Renungkanlah ....

1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)marahnya.

2.Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4.Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5.Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11.Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12.Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25.Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26.Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27.Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28.Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29.Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30.Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31.Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya

Monday, November 24, 2008

Apa ada pada jari anda

Apa ada pada jari anda... ..apa rahsia jari anda... apa guna jari anda...

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat² & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dalam keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yang kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Then tengok jari kedua, jari manis. macam tu jugak lah dengan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni lah banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena lah lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari sebelum ni.macam tu jugak dengan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung lah ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa-apa rujuk lah kat org tua/berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh lah kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all your fingers and renung/fikir dalam² Dimana anda sekarang?"

Saturday, November 22, 2008

Malaysian Idol : Tan Sri Syeikh Mokhtar Al-Bukhary

dipetik dari ukhwah.com

Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula.
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Mutiara kata.....
1. Ada sebab Kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan
tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha
sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya tak ada duit tapi banyak hutang. Orang berniagamana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang Kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab Kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan
Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan islam.

LATAR BELAKANG

Umur : 53 tahun
Pendidikan : SPM
Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan : RM1,425 juta
Ranking : Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya : MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta : Proton Perdana

Friday, November 21, 2008

Misteri di sebalik angka-angka handphone Nokia

Nokia adalah brand ternama untuk gadget handphone di serata dunia . Anda juga mungkin memiliki handphone berjenama Nokia. Tapi tahukah anda bagaimana hanphone-handphone tersebut diberi nama? Tahukah anda Kenapa cellphone anda bernama dan-gage?, Kenapa type cellphone anda bermula dengan angka 6 dan type celphone teman anda bermula dengan angka 7?

Ini Mungkin boleh membantu merungkai persoalan tersebut, mari baca dan tambah ilmu pengetahuan umum anda, MENARIK!!

Berikut Penjelasannya:

1. 1000 “Ultrabasic”, semua hp nokia yang bermula dengan angka 1 atau dalam order 1000. Type ini adalah type nokia yang paling murah yang dipasarkan semula untuk menguasai pasaran. Siri ini dapat digunakan untuk telepon dan sms dengan cukup baik. Nokia siri ini kurang mendapat sentuhan teknologi high-end.

2. 2000 “Basic” atau Handphone Nokia siri 2000 atau yang bermula dengan angka 2 adalah type hp nokia yang juga masih dalam kategori murah. Bezanya dengan siri 1000, cellphone siri ini sudah mendapat sentuhan teknologi high-end seperti bluetooth dan kamera.

3. 3000 “Expression” Siri 3000 adalah siri murah yang ditampilkan secara kreatif oleh Nokia. Dengan layar warna dan kemampuan mengambil gambar, memainkan muzik dan sudah mempunyai connectivity dengan Komputer (PC)

4. 4000, Untuk alasan tertentu, tidak ada Handphone Nokia yang bermula dengan angka 4. Kenapa? belum ada penjelasan bagi persoalan ini,mungkin kerena pasaran nokia kebanyakan orang asia yang percaya kalau nombor 4 itu identical dengan " mati" (dari bahasa mandarin)

5. 5000 “Active” Seri 5000 atau handphone Nokia yang bermula dengan angka 5 adalah yang ditujukan untuk mereka yang aktif. Produk dibawah siri ini biasanya direka untuk menemani anda yang sedang jogging atau untuk menaungi siri handphone nokia yang “muzik habisss!!”

6.6000 “Classic Business” Siri ini sudah mula menyentuh daerah Business. Walaupun masih basic, siri hp ini sudah dilengkapi dengan sentuhan teknologi high-end. Seri 6000 seperti mula kehilangan ke-niche-an kerana banyak hp nokia dengan kepala 6 yang dilancarkan

7. 7000 “Experimental” Kata yang paling tepat untuk menggambarkan siri ini adalah “type percubaan” jadi, jangan hairan kalau hp nokia dengan angka depan 7 memiliki banyak kejanggalan disana-sini

8. 8000 “Premium” Siri 8000 ini sudah premium, dan ia bukan sesuatu yang murah

9. 9000 “Communicator” Siri ini 'booming' sekitar tahun 2005. Waktu itu seri comunicator merupakan seri yang agak good looking dan menjadi lambang kekayaan. Siri 9000 adalah bayi sulung sebelum munculnya E-series. Siri ini menggunakan OS GEOS, bukan Symbian.

10. E-Series huruf E menyatakan kata Enterprise . Berorientasi business, dengan design yang minimum, feature yang lengkap, dan sangat responsif.

11. dan-Series - Pada dan series ini, nokia berusaha memasukkan semua 'benda' ke dalam gadget berupa handphone. Handphone Dengan nama awal dan adalah HP impian yang pada zaman dahulu cuma ada di dalam filem fiction yang ilmiah. Pada siri ini daya tahan bateri juga sangat baik untuk perkadaran dengan feature yang dijalankan.

Thursday, November 20, 2008

40 tips jimat petrol kereta

dipetik dari ukhwah.com

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yang di maintain dengan baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kena tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dalam keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dengan pressure yang betul, Kalau tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yang CC rendah tapi kalau nak pakai yang CC tinggi pun boleh cuma system kena bagus lah macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh lah takut engine lemau7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok lah.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jangan tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kena tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

10. Berkongsi kereta

11. Naik motor (4 lejang)

12. Naik Basikal

13. Naik pengangkutan awam

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah lah, Kalau nak pakai sport rim biar sesuai dengan kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dengan sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dalam sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-con,24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain untuk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yang power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dengan free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, Kalau tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dengan free flow ekzos (Kalau takut bising, cari yang brand baik punyeee, mesti marii)27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah lah.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dengan rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba anda kena jemur.. masak dibuatnya.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawa banyak barang. Kalau boleh bawa yang perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (contohnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dengan penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula lah jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik daripada bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk http://home. howstuffworks. com/smart- window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&dan sebab filter K&dan diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yang diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor ( or.com) atau Air Injector (. com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar lah awal sikit, tak ada lah terkejar-kejar. Rilek saja drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas

40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

Wednesday, November 19, 2008

8C sebab suami benci isteri

dipetik dari komuniti j-qaf.net

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi... .

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah... ..

Tuesday, November 18, 2008

10 hal yang termasuk dalam kategori sia-sia...

Sufyan Ats-Tsauri, seoarang ulama' hadith yang
terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal
yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :-


1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya
sendiri tetapi tidak dimohonkannya untuk ibu-
bapanya sendiri dan kaum muslimin.

2. Orang yang kerap kali membaca Al-Qur'an
tetapi tidak secara tertib sehingga seratus ayat
tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjis, kemudian
dia keluar kembali tanpa mengerjakan solat
tahiyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi
tidak mengucapkan salam kepada penghuni-
penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
kesejahteraan arwah-arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari
Jumaat, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa
mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu
lingkungan dengan seorang ulama', tetapi tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7. Dua muslim yang bersahabat tetapi mereka
tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-
masing serta keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi
tetamunya tetapi tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya
berlalu sebegitu sahaja tanpa memanfaatkan
waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya
merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri
makan kekenyangan di dalam rumahnya.

MAKSUD TARIKH LAHIR ANDA…..

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita,apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.Untuk mengetahui nombor lahir kita,kita boleh mencampurkan nombor2 tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.


Contoh:25 Ogos 1985
25+8+1985 = 2018
2+0+1+8 = 11

1+1 = 2
(jadi nombor lahirnya adalah 2)

Keterangan nombor lahir ;

( 1 )Ketulenan
-hadir dengan idea baru-memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri-golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajaridengan baik teknik diplomasi-mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaikdan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos-bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka
( 2 )Pendamai
-dilahirkan sebagai diplomat-mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaanorang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri-secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati-mereka tidak suka bersendiriran. persahabatan adalah pentingbuat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalamhidup-golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, patut belajar untukmeningkatkan nilai diri dan meluahkan perasaan
( 3 )Ceria
- golongan ini merupakan golongan yang idealistic-mereka sangat kreatif, social, mesra, romantik, dan mudah dibawaberunding-mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya-mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukannya apasahaja untuk mencapainya
( 4 )Konsevatif-
golongan ini sangat peka dan tradisional-mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin-mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apayang sepatutnya mereka lakukan-mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerjasecara sendirian-mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian denganalam sekitar-sabar,tekun,dan adakala dianggap degil
( 5 )Perintis
-mereka adalah perintis-secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan sukamengambil risiko serta sangat bersemangat-mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.dunia ini adalahsekolah mereka,mereka memerhati setiap peluang untuk mempelajarisesuatu daripada situasi yang ditempuhi.-melihat sesuatu dengan teliti
( 6 )Romantik
-golongan ini adalah idealistic dan memerlukan sesuatu atau sebab untuk berasa gembira.-hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka-mereka sangat suka membantu dan menjaga seseorang-mereka sangat setia dan menjadi guru yang terbaik-mereka suka seni muzik-mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalinpersahabatan secara serius
( 7 )Intelektual
-golongan ini adalah pencari-selalu menyelesaikan seuatu secara tersembunyi,dan adakala merekasukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah-perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka-mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling merekatetapi mereka tidak suka dipersoalkan-mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan-mereka gemarkan perkara berteknikal dan berkebolehan untukmenjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara-mereka sangat suka berahsia
( 8 )Penyelesaian
-golongan ini adalah penyelesai masalah-mereka adalah professional,berterus-terang,penilai yang baik dantegas-mereka sangat suka mengendalikan manusia,mereka melihat manusiasecara objektif-mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiribahawa mereka adalah ketua
( 9 )Pelakon
-golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain-mereka sangat penyayang dan pemurah-dengan daya tarikan,mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawandengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa yang dianggap asingkepada mereka-mereka mempunya personality yang pelbagai sehingga menyukarkanorang sekeliling mereka sukar memahaminya-boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

SELAMAT MENCUBA!!!!

Monday, November 17, 2008

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

dipetik dari www.halaqah.net

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang diasentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepalayang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)sentuh...

Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis panduan untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis panduan untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.

Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi."

Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat? ^_^

Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?

Saturday, November 15, 2008

10 PERKARA LELAKI TIDAK SUKA

DIPETIK DARI UKHWAH.COM

1. Cepat berubah fikiran.
Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk hari Jumaat kamu dah lupa nama lelaki yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain.
Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat pompuan lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.

3.Bercanggah pendapat.
Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.

4. Terlupa temujanji.
Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.

5.Riak.
Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji...pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.

6. Berkira soal berat badan.
Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.

7. Pura-pura tak tahu.
Ini memang berlakon tahap gila! Takkan la lansung tak kenal Salman Khan semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.

8.Malas buat keputusan.
Si dia buntu. Cadangan kamu?" Entah la I pun tak tau! " Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan yang bernas...dia mungkin makin sayang.

9. Kurang sopan.
Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur.....

10.Tak mengaku kelemahan.
sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer... Lambat laun terbongkar gak. Percayalah...kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH.....

Friday, November 14, 2008

renung2kanlah

Disaat ibumu tidur,
cuba kamu lihat matanya
dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..
tangannya tak dapat hapuskan airmata mu
dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..
bayangkan ibumu sudah tiada..
apakah kamu cukup membahagiakannya..
apakah kamu pernah berfikir
betapa besar pengorbanannya
semenjak kamu berada di dalam perutnya...

salam perjuangan

salam buat semua



apa khabar semua?

Sudah lama ana tidak mencoretkan warkah di dalam laman blog ana ini.

almaklumlah disebabkan kesibukan dgn kerja

walaupun tidak sesibuk mana

tapi kesuntukan waktu membataskan utk ana mencoretkan warkah.



Alhamdulillah dgn kesabaran dan kekuatan sy selama ini,

akhirnya diberikan keizinan kepada ana untuk berpindah sekolah

dari pulau banggi ke kudat

dgn berita itu,

maka berkuranglah sudah penderitaan ana selama ini



bukan ana bermaksud dapat berpindah sekolah

maka xde penderitaan itu

tapi ana tidaklah kena fikir camner nak survive hidup

nak duduk di pulau

yg terpaksa makan makanan tin, memalam diterangi dgn lampu minyak tanah

dan kalau anda mengikuti blog sy ini, sy ada ceritakan pada mula2 sy buat blog ini.

stakat ini dahulu, nanti sy sambung lagi, sekian, wassalam

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi