basmalah Pictures, Images and Photos

Tuesday, September 1, 2009

Kenangan sepanjang cuti sekolah bulan 8 dan Ramadhan 1430H

Assalamualaikum kepada semua pembaca blogku samada secara sengaja ataupun tetiba jer terjumpa blogku yang xseberapa ini. Time kasih kuucapkan kepada semua kerana sudi melawati blogku ini.



Pada episod kali ini aku akan menceritakan kenanganku pada masa cuti sekolah pertengahan semester bulan 8 yang lepas. Buat makluman semua, rumah yg aku sewa hanya berdua jer, aku & memberku Risydan. Tapi cuti ni dia balik berjumpa dgn isterinya. Maklumlah org ada isteri katakan, duk berjauhan laks tu. Isterinya mengajar jQAF di Johor. Lagipun start cuti, seluruh umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Nak berpuasa bersama org tersayangla tu.



Aku laks, mgkin anda tertanya-tanya, knp aku xbalik kg jer? Org lain balik, aku xbalik laks, slalunya aku ni pantang cuti sekolah, balik jer kg. Alasan aku yg pertama bulan puasa laks, rasa penatla, mcm xberbaloi laks balik, lagipun raya nanti balik kg jua, yg kedua laks, pada khamis 27/8/2009, aku amik ptk buat kali yng ketiga, nak wat camne, blum ada rezeki dapat 4. Lagipun aku ni, dah keje ni, rasa malas laks nak mengulangkaji, org kata otak xleh timer dah, xleh duk tumpu lama2. Mcm impianku nak sambung master tpaksa dilupakan, xperla, bg kpd anak2 ku dahle, xperla.



Dah panjang bercerita tntang latar belakang, kita kembali kepada asalnya, aku ni puasa, xduk umah sewaku sendiri, pergi tumpang tido dan bersahur di umah memberku yang bujang, yg sama2 xbalik, iaitu Usop & Shahrul. Buat makluman semua, Usop tu org klate & Shahrul laks org penang. Aku pun xtau camner blh jadi geng laks dgn diorg. Biola camner pun, asalkan jgn kita cari gaduh dgn org dahle. Btul tak? he3.

Pada petang ahad tu, kitorg pergi ke kota kinabalu, untuk cari barang2 keperluan harian, kitorg bertolak jam 4 petang & sampai dkat2 nak buka puasa. Alhamdulillah, smpai gaks di kota kinabalu & berbuka puasa di sana. Kitorg menginap di Hotel Tabung Haji. Bagusnya hotel ni menyediakan kemudahan solat tarawih. Ada jugak moreh. Hotel Islamik katakan. Kitorg duk di Kota kinabalu selama 2 hari. Pada pagi selasa kitorg bertolak pulang ke kudat.

Pada pagi Khamis, aku menghadapi Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). tahla, jawab hentam jerla. nak wat camne, aku ni malas tul untuk membaca. Rasanya dah xmasuk ke kepala dah. Apa nak jadila, tah, bilala nak insaf.

Rasanya stakat ini dahulu, aku berkongsi pengalaman hidupku buat tatapan semua. Ada masa kita jumpa lagi. Maafla andai ada salah silap tutur kata. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah & apa yg cacat cela tu datangnya dari kelemahan diriku sendiri.

Akhirnya Sandakan kujejaki jua

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,





Sudah lama rasanya aku tidak mencoretkan kenangan & memori aku untuk dikongsi kepada semua pembaca yang membaca & terbaca blogku yg tak seberapa ini. Time kasih ku ucapkan kepada semua pengunjung blogku ini.





Buat makluman semua, selepas subuh hari Jumaat, iaitu pada 28/08/2009, aku dan kawan2 ku seramai 2 orang iaitu Usop & Shahrul telah bertolak ke Kota Kinabalu. Sebelum itu, buat makluman semua mereka berdua ini digelarkan kutu, tahla camne dapat gelaran itu, aku laks digelar beras, mungkin kerana bila rancangan p ke kota kinabalu, kitorang bertigala yg pergi, dah jadi member kamceng dah. Lantak diorgla nak kata apa, yang penting, asalkan kita tak menyusahkan org lain dahle. Itulah prinsip hidupku, biarla kita susah, tapi jgn menyusahkan org lain.





Perjalanan ke kota kinabalu mengambil masa 2 jam lebih dengan jarak lebih kurang 190 kilometer, mungkin kl org yg biasa berjalan, rasanya terkejut, buat pengetahuan pembaca yang belum pernah ke sabah, di pertengahan jalan antara kudat/kota marudu/ pitas ada satu jalan yang dipanggil ULU KUKUT yg tidak pernah baik2 sejak dahulukala walaupun dah bagi peruntukan berbillion2 ringgit, ala masuk politikla plaks, tapi ginila citer, korang datang sendirila, barula tau, tapi skrg alhamdulillah, aku tngok jalan itu dah semakin ok, dah ada perubahan, ada orng tngh baiki jalan, mungkin kerana moto (1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan), lantak diorngla, yg penting jalan tu perlu disiapkan segera demi kemudahan & keselesaaan org ramai, yerla jalan tu satu2nya jalan penghubung ke kota kinabalu, kl terputus jalan tu, habisla org2 di Kudat/Kota Marudu/Pitas tidak dapat bekalan. Itula sepatutnya menteri yang bertanggungjawab kena pikir-pikirkanla demi kepentingan rakyat selaras dengan moto YAB Perdana Menteri kita yang baru ni. Jangan diambil mudah jer.





Berbalik kepada citer aku tadi, aku ke kota kinabalu untuk menguruskan hal2 yang berkaitan dengan perjawatan iaitu di Jabatan Pelajaran. selesai semua urusan, iaitu dalam kul 10 pagi, kami meneruskan perjalanan ke sandakan melalui jalan tamparuli-ranau. Aku ni first time pergi ke sandakan. Aku terkejut melihat jaraknya antara kota Kinabalu ke Sandakan ialah 300 lebih. Bayangkanlah, kl di semenanjung tu, dari kelantan ke kuala lumpur baru 200 lebih, tapi jalannya lancar jer berbanding dgn jalan di sabah yang rosak di sana sini. Patutlah roadtax di sabah & sarawak lebih murah jika berbanding dgn roadtax di semenanjung.

Kami kemudiannya singgah untuk bersolat dan berehat di Pekan Telupid. Nama jer pekan tapi bukan macam yang anda fikirkan, pekan hnya terdapat beberapa blok bangunan rumah kedai, manakala kemudahan asas yang lain tiada seperti bank dan macam2 lagi. Tidak silap saya, stesen minyak pun satu sahaja.

Kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke sandakan. Kami sampai di Sandakan lebih kurang jam 5 petang. Pada masa itu, nak dekat waktu berbuka puasa, iaitu lebih kurang jam 5.45 petang. Kalau di Sabah ni, keadaan tu lebih cepat gelap berbanding dengan semenanjung. Kl di semenanjung, waktu tu, budak2 masih lagi bermain, awal lagi tu. Kami pun mencari juadah berbuka puasa di pekan Sandakan.

Kl nak tau, pekan sandakan ni besar jugaklah berbanding dgn pekan2 lain. Kawan sy cakap, kl duk sini, xyah nak g Kota Kinabalu dah, ibarat dalam astro "macam-macam ada". Yerla, pekan Sandakan ni terbahagi kepada dua, pekan lama dan pekan baru. Pekan lama ni berfungsi pada waktu siang jer, mlam seolah2 dah berehat, yerla pekan lama ni tempat byk pejabat2 pentadbiran. Manakala pekan baru laks berfungsi waktu malam sampailah ke awal pagi. Kl tuan puan nak tau, dtglah sendiri. Anda pasti terpesona. Mcam promotelah pulak, lebih kurangla tu.
Pada keesokan harinya pula kitorg pergila melawat sekitar bandar sandakan, pergi ke Sepilok tempat pemuliharaan Org Utan, nak tau, "trade mark" Sandakan ialah Org Utanla. Pastu kitorg pergi ke War Memorial Sandakan. Tempat tu, banyaklah benda2 bersejarah semasa pemerintahan keluarga Brooke. Antaranya meriam, kelongsong peluru dan macam2 lagilah. Waktu berbuka puasa laks, kitorg makan di medan ikan bakar di Sim-Sim. Di sini, tempat ramai yang menjual ikan bakar, cakap jer nak ikan apa, semuanya ada. Org kata, tak sah klau pergi ke Sandakan, tidak singgah ke medan ikan bakar Sim-Sim. Rugi tau.
Keesokan harinya, kitorng bertolaklah pulang ke Kudat, Bykla kenangan pahit manis dan mcam-mcam lagi yang kitorg rasa semasa perjalanan ke Sandakan ni. Kenangan ini aku tidak akan lupakan dalam hidupku.

Sunday, August 23, 2009

Peristiwa sepanjang bulan Ogos

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


Pekabar semua? Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat di bawah lembayung Allah s.w.t.

Mcm-mcam peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ogos ini, tetapi ana mahu memetik peristiwa yang penting2 untuk kita renungi bersama.

1) Pada 13 Ogos yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kematian penyanyi nasyid kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri Ibrahim, 40 yang meninggal dunia kerana serangan jantung. Sebagaimana yang kita tahu, Us Asri banyak menyumbangkan lagu-lagu yang boleh menginsafkan kita semua, bukan setakat semasa dia di dalam kumpulan Rabbani lagi, tapi semasa dia di dalam kumpulan nasyid Al-Arqam lagi. Kematian Us Asri sebenarnya dapat menginsafkan kita walau apapun taraf kita, sehebat manapun kuasa kita, kita akan dijemput oleh-Nya pada satu masa nanti kerana kematian itu suatu perkara yang pasti, dan setiap kita akan melaluinya cuma masa akan menentukannya.

2) Pada 16 Ogos 2009, kita pulak dikejutkan atau sudah tau, bahawa Us Akhil Hayy menamatkan kontroversi gosipnya dengan berkahwin dengan penyanyi nasyid Waheeda. Mereka dinikahkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru. Itulah sebelum ini Us Akhil telah menafikan sekeras2nya bahawa ada hubungan dengan Waheeda, tapi akhirnya gosip itu bukan gosip semata-mata, menjadi kenyataan. Itulah, alangkah tercemarnya gelaran Ustaz bila Ustaz itu berbohong, kalau dah betul tu, apa salahnya, kerana bercakap benar itu lebih pahit daripada hempedu.

3) Pada 17 Ogos 2009, negara kita telah mencatat sejarah itu dengan penamaan calon untuk pilihanraya kecil yang kesembilan selepas PRU 12 iaitu di N11, Permatang Pasir di Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Rohaizat Othman, iaitu S/U UMNO Permatang Pauh dengan calon PAS, Mohd Salleh Man, iaitu Pesuruhjaya PAs Pulau Pinang. Yang menariknya kawasan ini ialah bagi PAS, kawasan ini suatu kawasan yang unik, kerana calon PAS, bertanding di dalam Parlimen Permatang Pauh, yang diwakili oleh PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diperintah oleh Ketua Menteri dari DAP, iaitu En. Lim Guan Eng. Bagi BN pula, mereka berhempas pulas untuk memenangi kerusi ini bagi membuktikan bahawa BN diterima oleh rakyat di Semenanjung kerana sepanjang PRK di semenanjung, BN tersungkur di tangan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP-PKR-PAS. BN hanya memenangi satu kerusi sahaja iaitu di DUN Batang Ai, di Sarawak. Dengan kemenangan BN di Permatang Pasir, dijangka dapat membersihkan maruah mereka dan bagi menghadapi PRU yang ke 13 satu masa nanti. Semoga rakyat di PRK N11 Permatang Pasir akan menentukan siapakah calon yang layak mewakili mereka pada 25 Ogos nanti dengan sebaik-baiknya.

4) Pada 22 Ogos sehingga 31 Ogos pula, bermulalah cuti pertengahan penggal ke dua. Maka bergembiralah semua warga pendidik dan murid-murid kerana mereka dapat merehatkan minda mereka dari belenggu masalah dan kebosanan mereka di sekolah. Tapi cuti-cuti jugak, buku pelajaran jangan di abaikan kerana ilmu itulah yang akan membawa kita kepada kejayaan. Orang yang berilmu sahajalah yang akan dipandang mulia.

5) Pada 20 Ogos juga, telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi tahun 1430 H. pada malam itu juga ditetapkan bahawa hari permulaan puasa pada hari sabtu, 22 Ogos 2009. Sebagaimana kita tahu, bahawa bulan Ramadhan inilah penuh dengan keberkatan, bulan mengumpul sebanyak mungkin pahala, bulan untuk mencari rezeki halal yang lebih dan sebagainya. Terpulanglah pada diri kita, samada ingin mengumpul ganjaran pahala atau tidak. Kerana kita tidak tahu lagi, samada kita berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Rugilah kita jika kita tidak mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini untuk berbuat sebanyak mana amalan kebajikan kerana pada bulan Ramadhan ini terdapatnya malam Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan.

Rasanya itu sahaja yang ana highlightkan untuk renungan kita bersama. Kerana setiap peristiwa yang berlaku itu ada hikmahnya kepada kita semua. Kita hendaklah muhasabah diri kita setiap hari kerana orang yang berjaya ialah orang yang hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Moga-moga kita semua mendapat rahmat daripada-Nya, Insya Allah.

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum
Tanggal 3 hari sahaja lagi, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Pada petang Khamis ini, telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadhan, dan pada malamnya akan menjadi penentu samada kita semua akan berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu. Alangkah berkatnya pada tahun ini, tengok anak bulan pada malam Jumaat, malam yang penuh keberkatan, yang jarang2 skali kita jumpa.
Adakah kita semua sudah bersedia untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Diharap amalan kita pada bulan Ramadahan pada tahun ini adalah yang terbaik daripada bulan ramadhan tahun sebelumnya. Manalah taukan, ramadhan pada tahun akan datang, kita tidak berkesempatan lagi.
Oleh kerana itu, marilah sama2 kita berebut-rebut mengambil sebanyak-banyaknya pahala pada bulan ramadhan ini. Samalah seperti kita masuk ke IPT, kita bersaing untuk mendapat kejayaan yang cemerlang, pada bulan ramadhan ini jugalah, dapat mengajar kita mengawal semua nafsu kita, samada nafsu makan, nafsu kemarahan dan sebagainya daripada berleluasa. Semoga amalan kita pada bulan ramadhan kali inidiberkati olehNya. Insya Allah.

Thursday, July 23, 2009

Baca dan buatla keputusan yang sebaiknya




Na'uzubillah.......


PENTING! Pengakuan Ikhlas Seorang Umat Islam


KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu
Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.



Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,40000, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.




Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura..



Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1.. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi
setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka....


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.



PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...






ALLAHUAKHBAR

Baca dan buatla keputusan yang sebaiknya

Na'uzubillah.......


PENTING! Pengakuan Ikhlas Seorang Umat Islam


KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA
PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India
Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India
dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah
pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa
tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara
untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin
Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian
seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai
pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar
pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam
bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.
Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00
sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu
Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.



Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,40000, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh
dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus
bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali
leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.




Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah
akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura..



Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling
Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -
lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1.. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang
kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan
Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi
setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka....


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob
(Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah
berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.


Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam
pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.



PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD
ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk
suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan
generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah
'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.


ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...






ALLAHUAKHBAR

Monday, July 20, 2009

Liku-liku kehidupan

Salam pertemuan buat semua.

Pekabar semua? Diharap berada dalam keadaan sihat sentiasa di bawah lindungan rahmatNya. Insya Allah.

Sudah lama rasanya, ku tidak menulis di dalam blogku ini. Yerla, seingat aku, sejak bukak penggal kedua ni, belum pernah ku tulis. Nak kata bz xjugak, nak kata xbz, xjugak, what everla. Tahla, malas kot nak tulis. Yerla, benda tulis-menulis ni, memerlukan ketenangan. Yerla mcm kita masuk exam masa sekolah dulu, kena ada rangka, kekadang masa buat rangka terlalu lama sampai nak habis masa dibuatnya. Pernah dulu, masa aku amik exam karangan Bahasa Melayu SPM lebih 10 thn yang lepas, aku buat rangka sahaja dekat dgn sejam, masa pun ada beberapa minit sahaja lagi. sampai aku tidak pandai pegang pen dah, dibuatnya. Aku merasakan diriku ini mcm nak menangis ja, yerla Bahasa Melayu ni benda tidak boleh buat main, kalau fail, maknanya tidak bergunala SPM tu walaupun subjek lain mendapat kepujian skalipun. Tapi alhamdulillah, bila results dah kluar, aku mendapat kepujian gaks Bahasa Melayu, iaitu 4, okla tu, walaupun targetku sekurang2nya dapat 3. xperla.

Apa aku merapu ni, sampai SPM laks citernya. Yerla, pasal rangka, xpasal2 SPM laks disebutnya. Ni mesti kalau amik exam Bahasa Melayu SPM lagi tidak lulus punya, wat sakit hati pemeriksa jer, nak cari isi, xder, dahla ayat tunggang langgang, xperla. Bagiku, aku tidak pandai nak wat ayat serius sgt, biarla org santai, bukan aku nak menunjuk-nunjuk pada org pun, hanya orang yang sudi sahaja membacanya. Btul x? Kl upin & ipin, mesti cakap, "Betul Betul Betul". Ada lagi pengaruh budak2. Rileksla, biasala santai. Jangan laks, anda semua menghukum saya ni bukan2 yer. Biasala, blogku ini, blog bebas, maknanya aku bebas menulis apa sahaja, asalkan tidak melanggar syariat Islam.

Yerla, di dalam Islam pun, kita tidak boleh keras sgt dgn sasaran kita. Nanti sasaran kita akan boring, dan menjauhkan diri daripada kita. Btul x? barula sasaran akan mendekati dgn kita. Itu aku baca dalam buku & masa aku belajar dahulu. Tidak salahkan kl aku berkongsi ilmu, yerla, kl ilmu tu baik, sebar-sebarkanla yer, kl buruk tu, harap jgnla dibuang terus, tapis2la ia kerana disebalik benda yang buruk itu, ada nilainya. yer x? Kl Nabil, dia akan ckp, "Lu pikirla sendiri". Yerla, kita semua diberi akal fikiran yang waras untuk kita berfikir tentang apa yang berlaku. Mesti sesuatu yang berlaku pada diri kita itu ada hikmah disebaliknya yang kita tidak sedari. Bukan berlaku dengan sendirinya.

Kl kita tidak berilmu, tanyala pada yang berilmu. Kerana kl kita sendiri fikir tanpa ilmu, kita akan menjadi sesat. Yerla, contohnya kl kita nak g KL, tanpa ilmu, kita akan sesat, mgkin kita akan ke tempat lain. sebab itula, sejak kita lahir lagi kita diajar dengan bermcam-mcam ilmu sama ada tidak formal ataupun yng formal sehingga ke Ph.D. Tapi kl kita sudah berilmu, jgn laks kita menyalah gunakan ilmu yang kita ada, sama ada kita riak dengan ilmu yang kita ada, ataupun membuat sesuatu perkara yang menyalahi agama @ adat yang kita pegang. Kekadang kita lupa dan alpa, maklumlah kita ini hanya manusia biasa bukannya malaikat, sentiasa melakukan kesalahan. Oleh itu, bila kita melakukan kesalahan, cepat2la kita memohon maaf & bertaubat. Kerana memohon maaf & bertaubat itu dapat menjadikan kita lebih baik.

Kita juga perlu melakukan perubahan di dalam hidup kita daripada melakukan keburukan kepada kebaikan, daripada yang baik menjadi yang lebih baik. kerana ada pepatah yang menyatakan bahawa "Hari ini hendaklah lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini". Barulah seseorang itu menjadi cemerlang bukan setakat di dunia sahaja, malahan di akhirat sana. Insya Allah.

Rasanya stakat inilah dahulu buat renungan kepada kita semua sebagai manusia. kerana kita ini ibarat seorang yang sedang bermusafir menuju ke akhirat sana. Apa yang baik itu daripada Yang Maha Esa, dan apa yang cacat itu daripada kelemahan diri saya ini. Wassalam

Saturday, June 13, 2009

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI Lelaki...

dipetik dari kiriman www.halaqah.net



1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Wednesday, June 10, 2009

Salam pertemuan

Assalamualaikum WarahmatulLah w.b.t.

Pekabar semua. Diharap berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk semua yang bergelar guru, pelajar dan sebagainya untuk meneruskan perjuangan semula di semester yang kedua. Maka kembali sibuklah jalan-jalan dipenuhi dengan murid-murid sekolah, guru-guru dan sebagainya. Dan terpaksa bangun awalla, anak-anak dan ibu bapa terpaksalah mengejutkan anak-anak bangun daripada tidur.

Itulah lumrah alam, yang silih berganti setiap kali cuti dan kembali buka sekolah. Itulah yang kita alami setiap tahun sehinggalah entah bila.

Itu baru bab nak buka sekolah, lain laks semasa cuti yang nak kata pendek, x jugak, nak kata panjang, x jugak, "sedang-sedang". Yerla selama dua minggu, bagi yang xder urusan, mcam cuti 2 minggu ni lama sangat, sampai naik boring, tapi kl yang penuh dengan urusan, kejap sgt, pergi situ, pergi sini.

Mcam-macam aktiviti yang dipenuhi, dengan kenduri kahwinlah, pergi menziarahi sanak saudaralah, pergi melancongla dan mcam-macam lagi. X perla, yang penting, masa terluang ini dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan aktiviti yang sia-sia.

Tapi yang paling dirisaukan, budak-budak zaman sekarang, tidak kiralah yang berada di kampung atau yang berada di bandar-bandar, dirinya hanya dipenuhi dengan aktiviti yang sia-sia. Kalau yang berada di kampung, dipenuhi dengan aktiviti bermain sepanjang masa. Dirinya hanya ingat main, makan, main lagi, makan lagi, tengok citer kartun pastu tido. Itulah rutin mereka setiap hari.

Kalau yang di bandar pula, lagilah hebat, dengan duk lepak kat shoping kompleksnya lah, duk lepak kat cyber cafelah dan macam2 lagi. Kalau di cyber cafe, mcm-mcm benda dibuatnya, bermain gamelah, game laks yang ganas-ganas seperti perang, tembak-tembak, tumbuk-tumbuk dan mcm-mcmlah. Ada laks duk berchatinglah, buka laman web yang tidak senonohlah dan mcam-macam. Sehinggakan sakit kepala kita, bila kita masuk di dalamnya, dengan bunyi bising daripada sound komputerlah, orang yang bermainlah dan mcm-mcm lagi. Yang untung, pengusaha cyber cafelah, bnyak duit masyuk. Yang penting bagi mereka, untung-untung. Saper xnak rugi.

Itulah yang akan menjadi pemimpin satu masa nanti, tidak pemimpin negara pun, akan menjadi pemimpin dalam keluarga. Kalau keluarga yang baik, xperla, kl keluarga yang bermasalah laks, ini yang truknya, akan menyusahkan banyak pihak kerana masalah mereka akan berjangkit kepada keluarga yang lain. Jika perkara ini dibiarkan, akan rosaklah institusi keluarga, So, sesiapa yang ada anak dan bakal ada anak, fikir-fikirkanlah, jangan biarkan mereka terus rosak, sebab menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Cuba kita perhatikan di institusi pengajian tinggi, berapa ramaikah golongan lelaki yang berpendidikan tinggi?, boleh dibilang tidak pun dengan jari, boleh kita agak berbanding dengan perempuan. Di manakah mereka? Adakah lelaki zaman sekarang sudah pupus dek zaman atau di tempat lain.

Cuba kita renungkan, kata-kata motivasi, setiap kali ceramah motivasi atau di sekolah atau di mana-mana sahaja, ada kata-kata ini, "Kalau sejuta orang yang bijak, anda salah satu daripadanya, kalau seribu orang yang pintar, anda salah satu daripadanya, kalau seratus orang yang cerdik, anda salah satu daripadanya, kalau satu orang yang cerdas, anda ialah orangnya".

Renung-renungkanlah kata-kata itu. Moga kita mendapat faedah daripadanya. Insya Allah.

Friday, June 5, 2009

Generasi Cinta Mati

Dipetik dari majalah solusi isu no 8


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w. diberi pilihan antara menemui Tuhannya atau tinggal tetap di dunia, baginda memilih "Teman Daerah Tinggi" (Allah), yakni dengan melalui proses kematian. Justeru, tidak hairanlah kiranya Rasulullah s.a.w. bersabda (seperti yang tercatat dalam kitab Mukasyafah al-Qulub): "Hadiah orang Mukmin adalah mati."

Ketika Saiyidina Ali r.a. ditikam, beliau berkata. "Aku beruntung demi Tuhan Kaabah."

Sewaktu Bilal menghadapi kematian, isterinya berkata, "Alangkah sedihnya ..." Sebaliknya Bilal berkata, "Tidak, melainkan aku gembira. Aku akan menemui orang-orang yang aku cintai, Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya."

Khalid bin Walid ketika menulis surat kepada panglima-panglima perang Rom dan Parsi akan mengakhiri suratnya (sesudah mengajak kepada perdamaian dan Islam) dengan ucapan: "dan kalau tidak, aku akan memanahmu dengan tentera yang mencintai mati sebagaimana kamu mencintai hidup."

Tuesday, June 2, 2009

Blh x bagi cadangan pada saya?

Assalamualaikum kepada semua


Sebelum sy pergi kepada maksud seterusnya, ingin sy menceritakan latar belakang yang menyebabkan sy meminta bantuan daripada anda semua.

Pada 21-22 Mei aritu bersamaan pada hari khamis dan jumaat, Guru Besar sy mengarahkan sy untuk menghadiri satu kursus anjuran IPG Kent, Tuaran berkaitan dengan kajian kes & tindakan. Bagusla kursus tu untuk guru2 dan sesiapa yang ingin menyambung pelajaran atau memohon guru cemerlang.

Ia berkaitan kajian semacam penyelidikan tentang sesuatu kes atau apa sahaja berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran atau apa sahaja berkaitan dengan alam persekolahan. Bila sy menghadiri kursus itu mengimbaskan saya masa final year di universiti dahulu untuk menyiapkan tesis.

Masalahnya sekarang, semua peserta dikehendaki menghantar satu kajian kes @ tindakan untuk dijadikan hasil kepada kursus tersebut, kerana tidak taulah seluruh malaysia ke Pegawai Pelajaran Daerah minta untuk dibukukan. Tugasan tersebut hendaklah dihantar selewat-lewatnya atau pada 30 Ogos 2009, bermakna ada lebih kurang 2 bulan jer lagi.

Umumnya mengetahui bahawa kajian itu memerlukan kepada buku rujukan atau literature review yang mendalam mengenai kes yang ingin dijalankan. Kl di kudat khasnya dan sabah umumnya, bahan rujukan itu terlalu kurang sekali dan memerlukan masa yang lebih untuk menjalankannya.

Oleh itu, sy meminta cadangan @ pandangan daripada anda semua untuk menyelesaikan masalah saya iaitu berkaitan dengan tajuknya & apa sahaja yang berkaitan. Tidak salahkan kita sama2 berkongsi pendapat dan daripada itu, bolehla kita sama2 belajar.

Insya Allah, hasilnya akan saya poskan dalam blog ini.

Saturday, May 30, 2009

Selamat bercuti ..........................

Assalamualaikum kepada semua
di harap dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya

Pertama sekali ana ingin meminta maaf kepada semua pengunjung kerana dah lama ana tidak mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. ini semua disebabkan kesibukan yang sengaja dan tidak disengajakan. al maklumlah, byk tugas2 yang mencabar diberikan.

Semua sudah maklum, bahawa sebelum cuti sekolah bermula, diadakan peperiksaan samada dipanggil peperiksaan semester pertama @ pertengahan tahun. maka sibuklah guru-guru termasuklah ana sendiri untuk memeriksa kertas2 jawapan dan sebagainya.

Lagi satu, seminggu sebelum cuti sekolah, sekolah ana dilawati oleh pegawai2 daripada Pejabat Pelajaran Daerah untuk memantau perjalanan sekolah termasuklah buku rancangan pengajaran harian, fail2 panitia dan sebagainya. Tambahan pula Pegawai Pelajaran Daerah merupakan orang baru, lagila ditakuti kerana beliau cukup teliti dengan segala perkara berkaitan dengan perjalanan sekolah.

Insya Allah dalam masa cuti ini nanti akan aku coretkan beberapa perjalanan hidupku sebelum cuti ini. smoga ia akan menjadi pengalaman dan panduan untuk menjalani kehidupan yang mendatang.

Kepada semua yang bercuti, slamat bercuti. Jangan jadikan cuti ini suatu tragedi atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Thursday, April 9, 2009

salam perjuangan

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.

salam pertemuan kembali buat semua.

pertama skali, aku ingin meminta maaf kepada semua kerana buat semua ternanti2 tntang sambungan kisahku yang dahulu, iaitu persiapan wakil nasyid sekolahku, pertandingan nasyid dan sebagainya.

memula aku nak citer pasal persiapan nasyid sekolahku. pertama sekali, aku adalah minta seorang member yang baru kukenal buat lirik untuk tajuk lagu nasyid tu, dia setuju untuk menolongku, tapi dia ckp di xpandai nyanyi. aku kata xperla, orang dah tolong wat lirik tu pun kira okeylah.

kedua, aku serahkan lirik nasyid itu pada bebudak sekolahku pada hari jumaat, aku bagitau diorang, pandai2la kamu nyanyi, ari isnin aku nak diorang. ari isnin tu, aku suruhla diorang nyanyi. memula aku xpercaya dan xyakin gaks dengan diorng, tapi aku terkejut, diorang bolh nyanyi sampai meremang bulu romaku berasa bangga dngan anak didikku. betullah kata kawan2 ku, klau di sabah ni, bagilah apa2pun pasal nyanyi ni, diorang blh nyanyi, kalau suruh baca bab pelajaran, sorilah yer, payah tul. nak wat camner, itulah hiburan yang diorang ada. tapi hiburan2 gaks, asalkan tidak melalaikan, tul x?

minggu tu, diorang xderla blajo, aku wat latihan tiap2 hari kerana khamis tu (5/3) pertandingan peringkat zon akan diadakan. diorang berlatih bkn stakat disekolah jer, memalam pun diorg berlatih. bagus tul. alangkah bagusnya kl pelajaran pun watcamtu, mesti ramai yang cemerlang, insya Allah.

berbalik pada citer aku laks, sekolah aku terpilih menjadi tuan rumah mtq peringkat zon sikuati. aku ni manalah tau bab2 penganjuran majlis2 terutama majlis agama seperti ni. lagipun aku laks orang baru disekolah ni, rasa mcam segan laks nak minta kerjasama daripada rakan sekerjaku. tambahan laks majlis tu bertembung dengan kejohanan olahraga peringkat daerah kudat. ramai rakan sekerjaku yang menjadi pegawai kejohanan.

aku pun berbincang dengan guru2 agama dari sekolah di dalam zon sikuati, diorang sanggup membantuku untuk melaksanakan mtq tersebut. tempat utk mtq pun bukan wat di sekolahku, tapi dibuat ditempat lain, iaitu Pusat Latihan Dakwah Kudat, oleh kerana sekolahku tidak mempunyai kemudahan yang cukup.

Pada pagi khamis iaitu 5/3/2009, maka segala perancangan yang diatur selama ini direalisasikan, majlis mtq dapat diadakan dengan baik walaupun ada kelemahan, biasala aku ni baru mencuba, lama2 okla tu. citer pasal peserta nasyid sekolahku, mendapat tempat kedua daripada 3 kumpulan yang bertanding. kira okeyla tu. slamat gaksla, kl tidak, terpksalah melatih lagi diorang. saje jer. jgn pk bkn2 no.

selepasa itu, diadakan mtq peringkat daerah yang berlangsung di smk pinawantai. aku dilantik menjadi hakim bercerita bahagian isi. bknla aku mahir sgtpun, bolehla sket2.

aku rasa hanya stakat inilah yang aku nak kongsi dgn kengkawan smua. apa yang baik itu datang daripada Allah dan yng cacat cela itu datang dari kelemahan aku sendiri. jumpa lagi. wassalam.

Wednesday, February 25, 2009

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


sejak minggu lepas lagi, merupakan minggu yang paling sibuk bagiku,
ha barulah aku tau rupanya duduk di kudat ni, bkn blh duduk rileks, tapi byk keje mau dibuatnye. blum lagi pindah semenanjung, kl x, xtaula apa nak jadi. smemangnya camtula kehidupan seorang pendidik ni, banyak keje sebenarnya, tapi terpulang pada diri sendirila, tepuk dada tnyalah hati, sama ada nak wat biasa2 ataupun sebaliknya. bkn kita menyibukkan diri untuk dinilai oleh pihak pentadbir tapi sebenarnya kita dinilai oleh Allah s.w.t. kerana segala kerja amalan kita itu adalah ibadah, itupun kl niat dia ikhlas kerana Allah s.w.t.

Berbalik pada cerita sy tadi, mesti anda semua tertanya2, apakah yang membuatkan sy ni sibuk sgt, kl semua nak tau, sy ni dah seminggu x ke sekolah, terasa rindu laks kepada anak2 murid, kekadang rasa kesian pada anak murid yang byk ketinggalan pembelajaran, nak wat camne, sebagai pendidik ni, bukan sahaja setakat mengajar di sekolah sahaja, tapi macam2 aktiviti yang akan sy ceritakan nanti.

oklah, pada hari isnin yang lepas, sy ke sekolah seperti biasa. pada hari selasa laks, sy sebagai guru pendidikan Islam, telah dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah kudat, semua guru pendidikan Islam termasuklah guru j-QAF diwajibkan hadir. ari rabu laks, sy pergi ke sekolah seperti biasa. manakala pada hari khamis dan jumaat laks, sebagai guru pendidikan islam skali lagi, sy menghadiri kursus pendek kelolaan ipg kent mengenai kursus tulisan jawi. Penceramah kursus ini ialah Ustzh Sabariah Bahrun iaitu pensyarah IPG Kent. Beliau juga merupakan adik kepada Ust. Badrul Amin Bahrun iaitu pencermah yang terkenal pada satu ketika dahulu, & sy rasa ramai yang mengenali beliau. Beliau telah dibantu oleh Ust Nik Hassan Nik Seman yang merupakan pensyarah IPG Kent gaks. Ustzh Sabariah sebenarnya merupakan pensyarah sy ketika aku menuntut di IPG Kent ketika mengikuti KPLI pada tahun 2005 yang lepas. Beliau masih lagi mengenali aku dan beberapa orang kawanku iaitu Pok Lie, Mat Yie & Wansur. itulah bumi ni kecik sebenarnya, aku blh lagi berjumpa dengan pensyarahku & aku juga terkejut, rupanya ada gaks juniorku semasa di Kolej IKIP di Kuantan dulu, yang baru sahaja posting sebagai guru j-QAF di kudat ni. aku minta maaf kerana aku ni jarang mengenali juniorku kecualila yang menegurku sahaja.

Seterusnya, pada minggu ini laks, iaitu pada hari Isnin & selasa, aku sebagai guru pusat sumber, aku menghadiri kursus berkaitan dengan ICT iaitu eduwebtv. Kl anda semua nak tau, apa itu eduwebtv, layarilah www.eduwebtv.com. Byk informasi yang berguna terutama bagi yang bergelar pendidik. Eduwebtv ni semacam tv pendidikan tapi tv pendidikan tv ada time dia yang tersendiri, jika kita terlepas, xdapatla kita melihatnya, tapi eduwebtv ni kita menontonnya bila2 masa sahaja, malahan blh download lagi tayangannya. Mcm promotela plaks, apapun tanggapan anda semua, benda yang bermanfaat hendaklah dikongsi bersama, x gitu? tapi masalahnya, selepas kursus eduwebtv ni, sesiapa yang mengikutinya hendaklah buat "in-house training" kepada guru2 disekolah masing2 dalam masa sebulan selepas kursus. Byk kejela pulak. Dah itu tanggungjawabnya, time jerla, yg penting, ikhlas.

Pada petang selasa tu pulak, kira2 jam 2 ptg, aku bersama kawan2 ku iaitu G-man & Amin pergi ke SMK Pinawantai kerana ada meeting pasal MTQ Peringkat Daerah Kudat, thn ni SMK Pinawantai menjadi tuan rumah. Aku mewakili zon sikuati. meeting pny meeting smpaila kul 4.30, barula tamat meeting tu. Malam tu pulak, ada usrahla, sebagai makanan hati di rumah Ust Amin di Taman Orkid.

Pada pagi ini, iaitu hari Rabu, adalah meeting MTQ Peringkat Zon Sikuati yang berlangsung di SK Sikuati. Aku menjadi pengerusi kerana thn ni, sekolah aku iaitu SK Terongkongan menjadi tuan rumah MTQ Peringkat Zon Sikuati. Kl anda semua nak tau, nilah first time aku jadi pengerusi MTQ dan Tuan Rumah laks tu, sepanjang aku berkhidmat sebagai guru pendidikan Islam ni. Sekolah aku dulu, bukan aku nak menghina, tapi itulah hakikatnya tidak pernah mengikuti acara diluar sekolah, nak wat camner. pulau katakan, payah semuanya & memerlukan kos yang tinggi. Selepas meeting tu, aku & ust Razali sebagai s/u pergi ke Pusat Latihan Dakwah Kudat untuk memohon menggunakan dewannya. Alhamdulillah, pihak PLD bersetuju dan mengizinkan kami menggunakan dewannya.

Daripada aku cerita tadi, mesti anda semua dapat bayangkan betapa sibuknya aku ni, bukan aku nak berbangga, tapi itulah taklifan yang telah diberikan kepadaku.

Lupa aku nak cerita, aku belum lagi melatih anak muridku untuk mewakili acara yang dipertandingkan dalam MTQ itu nanti, anda semua nak tau, bila MTQ Peringkat Zon itu berlangsung? 5/3 iaitu minggu depan, adakah aku dapat melatih anak muridku yang tahun2 sebelumnya menyertai pertandingan nasyid dalam masa yang singkat, sedangkan aku ni pun bkannya pernah melatih sesiapa pun dalam nasyid ini, nanti aku akan ceritakan pada episod akan datang. Esoklah merupakan permulaan bagiku untuk melatih dan seterunya membawa anak muridku mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid.

itulah org ckp, jika kita xmenghadapi atau merasai sesuatu yng baru, kita tidak berasa nikmatnya, kerana bermula daripada pengalaman pertama itulah yang mengajar kita erti kesusahan dan sebagainya. Pengalaman pertama itulah yang akan menjadi kenangan yang terindah dan manis dalam hidup kita. Oleh itu, kita hendaklah bersedia menghadapinya, barulah kita mempunyai pengalaman kerana pengalaman itulah yang akan mendewasakan dan mematangkan hidup kita.

Thursday, February 5, 2009

Carilah Jodoh Beragama, Sabda Rasulullah s.a.w.

Dipetik daripada Harakahdaily.net


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

11:56 p.m, 2 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Saturday, January 10, 2009

Salam pertemuan

Assalamualaikum Warahmatullah w.bt.







Alhamdulillah dapat bertemu skali lagi, untukku mencoretkan kenanganku berpindah tempat mengajar dari Sekolah Kebangsaan Kapitangan, Pulau Banggi ke Sekolah Kebangsaan Terongkongan, Kudat.





Walaupun ada memberku yang bertanyakan kepadaku, kenapa tidak berpindah ke semenanjung terus atau balik ke kampung sendiri, aku menyatakan tidak apalah, lain kali sahajala, yg penting, aku dapat keluar daripada siksaan batinku berada di sekolah di pulau selama tiga tahun. Bagiku tiga tahun itu sudah cukup untukku belajar mcammana untuk mengenal erti kehidupan yang penuh dengan cabaran, onak duri, semata-mata untuk mendidik anak bangsa.





Kekadang, aku terfikir gaks, sewaktu ku melihat klip video guru pedalaman, atau cerita pada masa aku masih sekolah lagi iaitu "Cikgu Limau Kasturi". Rupa-rupanya, aku pun tergolong dalam kisah tersebut.





Mengimbas kembali kenangan masa aku posting iaitu pada awal tahun 2006 dahulu, aku dikumpulkan bersama kwan-kawanku yang lain di Kuala Lumpur International Hotel di Kampung Baru. Memula aku mendapat surat daripada JAPIM iaitu jabatan yang menguruskan segala hal ehwal guru pendidikan Islam, aku merasa bangga dgn hotel tersebut, yerla ada nama international, hebatla, rupanya indah khabar daripada rupa, hotel tersebut dah lama, milik koperasi apa ntah, aku dah lupe.



Malam tu, kitorg diberi taklimat ttg penempatan kitorang, ada yang dapat di sabah dan ada yg dapat di sarawak. Aku terpilih sebagai pengurus utk membantu kengkwan yg dapat di sabah. Almaklumlah aku dahulu menuntut di Maktab Perguruan Kent, Sabah, jadi diorang memilih aku sebagai pemudah urusan.



awal2 pagi keesokan harinya, kitorang bertolaklah ke KLIA dengan menaiki bas. Sampainya di KLIA, kitorg beratur panjang, yerla masing2 penuh debar yerla, meninggalkan tanah semenanjung katakan. sampainya aku dan kengkawan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kitorg di bawa ke Airport View Hotel menaiki bas yang disediakan. kitorg tinggal di hotel tersebut selama 3 hari 2 malam. Aku pun dah lupa, disitulah kitorang diberi taklimat ttg perkara berkaitan memula menjadi pendidik dan penjawat awam. kitorang juga diberi motivasi utk menaikkan semangat kami untuk mendidik anak bangsa.



Saat yang ditunggu2 telahpun tiba, pada malam terakhir kami berada di hotel, seingat itu malam Jumaat, kami diberikan daerah penempatan kami, memula kitorang dibahagikan mengikut gabungan masing2. aku dapat gabungan kota marudu. Penyelia Pendidikan Islam Gabungan Kota Marudu ketika itu ialah Tn. Hj. Ahmad Shariff Namhuri, orang perak yang berkahwin dgn org sabah dan menetap di sabah.



Selepas ktiorg dikumpulkan dalam satu gabungan, kitorg diberikan surat penempatan di sekolah. Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kapitangan, Kudat. Pada mulanya aku bersyukur kerana tidak dapat di pulau, tapi bila ku tnya pegawai, rupa-rupanya sekolah itu terletak di pulau banggi. Hampalah perasaanku.



Keesokan harinya, aku dan kengkawan yang mendapat penempatan di daerah Kudat, dibawa menaiki kereta sewa, di sini digunakan Toyota Unser. Kami sampai di PPD Kudat pada waktu petang, lebih kurang pukul 3 ptg. Kami diberikan taklimat daripada Penyelia PPD iaitu En. Yunus. Selepas itu, kami yang mengajar di pulau banggi iaitu seramai 10 org dibawa ke Rest House Kudat. Perbelanjaan di situ, ditanggung oleh kami sendiri. Pada hari pertama, kami menginap tiga org sebilik. sehinggalah hari kedua, manakala pada hari ketiga, kami berkongsi enam org sebilik oleh kerana sudah kekurangan wang. Selepas itu, iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Idul Adha, kami menumpang di rumah kawan-kawan yang mengajar di sekitar kudat.



selepas beberapa hari, aku berjaya menghubungi Guru Besar sekolah aku ditempatkan. Dia menceritakan keadaan di pulau tersebut dan meminta aku mempersiapkan diri membeli barang keperluan seperti dapur, kuali, periuk dan sebgainya, untuk masuk bersama dengan dia pada pagi lusa.

hari yang ditunggu telah tiba, dalam pukul 1 petang, aku bersama guru besar menaiki feri di jeti kudat ke karakit, iaitu jeti di pulau banggi. perjalanan mengambil masa selama sejam lebih. mesti anda semua tertanya tanya camner keadaan feri tersebut, nak kata feri, bkan feri tapi mcm bot ekspress, lebih kurangla. sampainya di jeti karakit, aku dan guru besar telah menaiki kapal nelayan utk ke sekolah tersebut. semasa dalam perjalanan tersebut, memulanya amat menyeronokkan, tapi lama kelamaan, menjadi bosan. tambahan pula, aku ni mabuk laut, perjalanan laks memakan masa dua jam lebih. aku plaks tidak tahan dengan bauan minyak diesel dan asap kapal, lalu tekak aku menjadi mual dan aku muntah beberapa kali sehingga badanku terasa lemah. itulah pengalaman ku pertama kali menaiki kapal nelayan.

lebih kurang dua jam, aku sampailah di sekolah kebangsaan kapitangan. nasib malang menimpaku, handset aku rosak semasa aku turun dari kapal kerana seluarku basah terkena air laut yang masin. aku diperkenalkan dengan guru-guru di sana dan aku ditempatkan bersama-sama dengan guru yang beragama kristian. pada mulanya aku berasa risau, yerla, sebelum ini tidak pernah aku tinggal bersama dengan yang bukan seagama. tapi lama-kelamaan, kami serasi dan dia pun memahami tatasusila. untuk pengetahuan semua, disitu tiada kemudahan elektrik dan perhubungan seperti telefon. aku merasakan macam aku ni dibuang negeri, yang kita tidak tahu perkembangan semasa dan yang paling penting, keadaan keluarga di kampung.

dipendekkan cerita, aku tinggal di sekolah tersebut selama dua minggu lebih, dan keluar ke kudat untuk membeli barang keperluan harian. pada mulanya, aku bersama dua orang kawanku keluar menaiki "pump-boat" pada jam dua pagi. mula-mulanya, perjalananku ok, tapi lama-kelamaan, ombak semakin kuat dan menyimbah bot kami sehingga habis pakaian kami dan barang-barang kami basah.

selepas itu, aku bernekad juga ingin keluar ke kudat, dan kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selama 6 jam. bayangkanlah, dengan membawa beg yang berat, akhirnya kami berjaya sampai di kampung meliyu dan disitu ada kenderaan. dan mereka membawaku ke sekolah yang berdekatan iaitu Sekolah kebangsaan padang. guru besar sekolah tersebut, bermurah hati, menumpangkan kami di rumahnya untuk bermalam dan menjamu kami. aku bersyukur sgt2 kerana ada lagi, pertolongan untuk kami. pada keesokan paginya, iaitu pada pukul 5 pagi, kami menaiki hilux untuk ke jeti karakit.

aku rasa setakat inilah dahulu coretanku. dan aku rasa anda semua mesti letih membaca cerita ku ini. nanti ada masa, aku akan bersambung lagi menceritakan kisahku bertugas mengajar di pulau banggi yang menjadi kenanganku untuk mendidik anak bangsa.

Saturday, January 3, 2009

Ambillah 10 perkara ....

Dipetik dari kiriman friendster.com

Nabi Muhammad SAW bersabda:

'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'

1) Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

2) Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

3) Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

4) Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

5) Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

6) Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

7) Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa

8) Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

9) Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

10) Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi