basmalah Pictures, Images and Photos

Saturday, March 8, 2008

Pesan Ustaz Akhil Hayy

DI DALAM HIDUP MANUSIA....yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat,diri ini akan SELAMAT
Apabila diri selamat,rumahtangga jadi SEPAKAT
Apabila rumahtangga jadi sepakat,masyarakat jadi MUAFAKAT
Apabila masyarakat jadi muafakat,Negara kita menjadi KUAT
Apabila negara menjadi kuat,negara luar jadi HORMAT.
Apabila negara luar jadi hormat,permusuhan pun TERSEKAT
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun MENINGKAT
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi PESAT

TETAPI AWAS,apabila pembangunan MENINGKAT
Kemajuan menjadi PESAT
Kita lihat bangunan naik BERTINGKAT-TINGKAT
Ditengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam KULAT.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah TABIAT
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
Ada yang jadi lalat ada yang jadi ULAT.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin LIAT.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi JAHAT
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya CEPAT.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati LAMBAT
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum MADUtelan jerla minyak GAMAT
Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar KETAT.
Semua nak tunjuk KUAT.
Bila berjudi, percaya unsur KURAFAT.
Tapi hidup pula yang MELARAT.
Tali kasut dah tak BERIKAT.
Rambut pun jarang SIKAT.
Yang perempuan, pakai mini SEKERAT
Suka pakai baju KETAT.
Suka sangat menunjukkan PUSAT.
Hingga tak pedulikan lagi batasan AURAT
Pakai pulak yang SINGKAT-SINGKAT
Kadang-kadang ternampak benda 'BULAT'.

BILA DAH JADI MACAM INI....
Siapa lihat pasti TERCEGAT,
Silap gaya jadi GAWAT,
Bohsia bohjan lagi HEBAT,
Duduk jauh berkirim SURAT,
Bila berjumpa, tangan BERJABAT,
Kemudian pakat lawan peluk siapa ERAT,
Masa tu, nafas naik sampai TERSEKAT-SEKAT,
Usah peduli agama dan ADAT.
Usah takut Allah dan MALAIKAT.
Yang penting apa kita nak BUAT?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi BULAT.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup SIFAT.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
kita tengok bayi dibuang di merata TEMPAT.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk JERAT.
Habis manusia telah TERSESAT.
Inilah dia fenomena MASYARAKAT.

Oleh itu wahai saudaraku dan para SAHABAT,
Marilah kita pakat MENGINGAT,
Bahawa dunia hari ini makin SINGKAT,
Esok atau lusa mungkin KIAMAT,
Sampai masa kita semua akan BERANGKAT!
Berangkat menuju ke negeri AKHIRAT.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita BUAT.
Masa tu, sendiri mau INGAT.
Umur mu banyak mana mu buat IBADAT...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu BUAT...?
Harta benda anta, dari mana anta DAPAT...?
Ilmu anta, adakah anta MANFAAT...?

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi