Tidak Usahlah Bertutup Kepala
Perempuan Islam di Malaysia sangat suka memakai tudung, di mana-mana pun kita akan melihat begitu ramai sekali perempuan yang memakai tudung dengan pelbagai gaya, saiz dan warna. Mereka sememangnya berhak memakai apa sahaja yang mereka suka di negara demokrasi ini selagi ianya tidak membahayakan ketenteraman, keselamatan dan kesihatan awam.
Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana bijaknya perempuan Islam Malaysia menggayakan tudung dengan jeans yang ketat dan baju yang sendat sehinggakan menampakkan segala bentuk dan lekuk di badan mereka. Ada yang memakainya dengan kain yang terbelah menampakkan dengan jelas paha mereka apabila mereka melangkah, anda mungkin pernah lihat bagaimana kakitangan perempuan MAS yang bertugas di kaunter-kaunter daftar masuk KLIA.

Ada yang memakai tudung tetapi dipadankan dengan baju yang ketat dan pendek sehingga menampakkan kulit di belakangnya apabila mereka duduk. Yang peliknya mereka akan berlagak malu-malu atau ‘mahal’ dengan menarik-narik hujung bawah baju mereka agar kulit mereka tidak diintai oleh mata-mata yang berminat. Rasionalnya apabila seseorang yang memakai begitu, pasti mengharapkan perhatian daripada orang ramai agar mereka berasa teruja melihat pakaian mereka yang menarik serta badan mereka yang cantik, tetapi kenapa apabila mereka mendapat perhatian itu mereka berlagak seolah-olah malu pula?
Penulis berasakan bahawa kita perlu menggalakkan saudara-saudara perempuan Islam kita agar berpakaian dengan lebih longgar dan labuh, dan sepatutnya inilah yang kita perlu dahulukan daripada cepat-cepat menyuruh mereka memakai tudung kepala tanpa mereka faham apa-apa tentang aurat, maruah dan kesopanan seorang perempuan Islam. Tidak usahlah memakai tudung sekiranya masih belum puas ingin menonjolkan segala bentuk dan lekuk di badan, dan masih ingin membonceng motosikal dengan lelaki mahram sambil berpelukan. Kalaulah sudah mengenakan tudung, padankanlah dengan pakaian yang longgar, labuh dan sesuai, dan tidak usahlah bersuara kuat-kuat dan bergelak ketawa kalau hanya sekadar ingin menarik perhatian lelaki.
Kerana tudung itu punya roh dan peranannya yang tersendiri, ia adalah lambang kesopanan dan kemuliaan seorang perempuan Islam yang berakhlak mulia. Ia lebih daripada sehelai kain, ianya mewakili aurat dan maruah seorang perempuan yang baik. Jadi perempuan, janganlah kau cemarkan!

No comments:
Post a Comment