basmalah Pictures, Images and Photos

Tuesday, November 18, 2008

10 hal yang termasuk dalam kategori sia-sia...

Sufyan Ats-Tsauri, seoarang ulama' hadith yang
terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal
yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu :-


1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya
sendiri tetapi tidak dimohonkannya untuk ibu-
bapanya sendiri dan kaum muslimin.

2. Orang yang kerap kali membaca Al-Qur'an
tetapi tidak secara tertib sehingga seratus ayat
tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjis, kemudian
dia keluar kembali tanpa mengerjakan solat
tahiyatul masjid.

4. Orang yang melewati tanah perkuburan tetapi
tidak mengucapkan salam kepada penghuni-
penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
kesejahteraan arwah-arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk ke suatu kota pada hari
Jumaat, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa
mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu
lingkungan dengan seorang ulama', tetapi tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7. Dua muslim yang bersahabat tetapi mereka
tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-
masing serta keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi
tetamunya tetapi tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya
berlalu sebegitu sahaja tanpa memanfaatkan
waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya
merintih lantaran kelaparan, sedangkan ia sendiri
makan kekenyangan di dalam rumahnya.

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi