basmalah Pictures, Images and Photos

Thursday, November 20, 2008

40 tips jimat petrol kereta

dipetik dari ukhwah.com

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yang di maintain dengan baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kena tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dalam keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dengan pressure yang betul, Kalau tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yang CC rendah tapi kalau nak pakai yang CC tinggi pun boleh cuma system kena bagus lah macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh lah takut engine lemau7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok lah.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jangan tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kena tukar gear selalu)

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin

10. Berkongsi kereta

11. Naik motor (4 lejang)

12. Naik Basikal

13. Naik pengangkutan awam

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah lah, Kalau nak pakai sport rim biar sesuai dengan kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa - 80% daripada campuran bahan api dibakar dengan sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dalam sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-con,24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain untuk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yang power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dengan free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda ditingkatkan, Kalau tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dengan free flow ekzos (Kalau takut bising, cari yang brand baik punyeee, mesti marii)27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah lah.Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dengan rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba anda kena jemur.. masak dibuatnya.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawa banyak barang. Kalau boleh bawa yang perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu....

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (contohnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dengan penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu Bila dah 'panas' mula lah jadi samseng jalan raya

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin kereta anda boleh diubahsuai (kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik daripada bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk http://home. howstuffworks. com/smart- window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&dan sebab filter K&dan diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yang diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor ( or.com) atau Air Injector (. com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar lah awal sikit, tak ada lah terkejar-kejar. Rilek saja drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas

40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi