basmalah Pictures, Images and Photos

Sunday, November 30, 2008

Sekadar Muhasabah Diri

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


Salam perjuangan utk semua pembaca blog sy ini,
diharap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Untuk pertamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan limpah kurnianya, dapat kita bernafas dan dapat kita meneruskan kehidupan kita seharian, di samping diberikan kita rezeki.

Setiap hari, pasti kita disibukkan dengan perkara seharian, ada yang bersiap pergi kerja, ada yang menguruskan rumahtangga, ada yang sedang menghadapi peperiksaan, ada yang mengikuti kursus dan sebagainya.

Sedar x sedar, pernahkah kita terfikir, ketika kita bergembira, ada juga yang berduka, tidak kiralah yang berduka kerana ada saudaranya yang sakit, yang sedang nazak, ada yang menghadapi penyakit, ada yang kehilangan saudaranya dan macam-macam lagi.

Cuba anda semua renungkan, pernahkah anda sebelum tidur, anda semua bermuhasabah atau "post-mortem" diri kita, apa yang kita lakukan sepanjang hari tersebut, adakah kita melakukan kebaikan atau adakah kita membuat kesalahan, tidak kiralah untuk kebaikan atau keburukan untuk diri kita atau untuk orang lain.

Pernahkah kita bersyukur jika kita melakukan kebaikan dan berharap kita akan melakukan kebaikan lagi untuk hari-hari yang seterusnya, atau pernahkah kita bertaubat atau bertekad tidak akan mengulangi kesalahan samada kesalahan kepada diri kita atau kepada orang lain. kita menyesal dan tidak akan melakukan kesalahan itu kembali pada hari yang seterusnya.

Saya mengatakan begitu adalah kerana kita semua tidak tahu bilakah kita akan dijemput untuk menghadap Yang Maha Esa. Bila-bila masa sahaja kita akan dijemput ke sana. Samada kita bersedia atau tidak bersedia, sedarlah bahawa kematian itu akan tiba saatnya. Samada kita mengharapkannya atau tidak.

Tujuan saya mengatakan sedemikian, supaya kita merenung kembali, berapa banyakkah bekalan kita pada setiap hari untuk kita bawa menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ianya cukup atau sekadar sahaja. Sedarlah, kita sebenarnya lupa atau alpa dengan kemewahan keduniaan semata-mata, samada kita sedar atau tidak.

Contohnya kita disibukkan dengan urusan dunia seperti projek, keluarga, hiburan dan sebagainya. Sebab itulah sekarang banyak berlaku gejala yang membawa kepada keburukan seperti rasuah, lesbian, menagih dadah atau sebagainya.

Bila kita akan bertaubat dan insaf daripada melakukan perkara keburukan???
Ada yang menjawab, rileksla, umur masih panjang lagi, belum tua lagi, belum sampai seru lagi, saya sibuk lagi, tidak ada kesempatan lagi, biarlah orang lain dulu dan banyak lagi alasan yang diberikan. Inilah sikap kita, banyak alasan daripada perlakuan, kerana manusia skrg bijak-bijak belaka, bijak dalam mencari alasan. Samada alasan itu logik atau tidak.

Sampai bilakah kita akan memberi alasan itu??? Sedarlah..... setiap hari umur kita akan meningkat, jangka hayat kita pun akan berkurangan, adakah kita tidak risau, apa persediaan kita untuk menghadap Illahi, contohnya seperti seseorang yang akan menghadapi ujian atau peperiksaan, luluskah mereka jika tidak bersedia dngan jawapan atau ilmu untuknya menghadapi ujian tersebut????

Kesian jika kita pergi ke masjid untuk menunaikan solat lima waktu, berapa ramaikah anak-anak muda atau golongan muda yang bersolat di sana, kebanyakannya dipenuhi oleh golongan tua atau yang "dah pencen". Bilakah masjid akan dipenuhi oleh golongan muda???

Sebabnya majoriti golongan muda berada di tempat-tempat hiburan, pusat membeli belah, di tempat-tempat maksiat dan sebagainya.

Itulah kita kenalah sedar dan melakukan perubahan dalam diri kita agar kita akan menjadi insan yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Hanya sekadar itulah dulu, renungan kita untuk kali ini, sehingga kita berjumpa lagi pada masa-masa yang akan datang, Insya Allah, apa yang baik itu datangnya daripada ALlah dan apa yang silap itu datangnya daripada kelemahan sy sendiri.

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi