Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t
Bertemu kita skali lagi dalam blog ana ini,
kepada sahabiah yang melawati blog ana ini, ana mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha 1429H, smoga pengorbanan kita pada tahun ini diberkati oleh Allah s.w.t. hendaknya, insya Allah.
Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi dengan anda semua. Pada hari raya Eidul Adha kali ini, buat pertama kali dalam sejarah hidup ana, ana telah berkorban satu bahagian lembu, berkat dari rezeki yang dilimpahi oleh Allah s.w.t. Sebelum ini, ana tidak pernah pun berkorban. Tapi barulah ana merasai nikmat berkorban ini, tidak dapat digambarkan perasaan ana pada masa itu. Terasa ada ketenangan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Pada ketika itu juga, ana terfikir mcam mana Nabi Ibrahim mematuhi perintah Allah s.w.t. yang mensyariatkan kepadanya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Baginda Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya yang terlalu disayanginya, iaitu Nabi Ismail. Jika kita sebagai ibu bapa atau sebagai anak, rasanya kita pun tidak sangggup mengorbankan anak atau harta kesayangan kita semata-mata kerana Allah s.w.t. Tetapi berkat pengorbanan Nabi Ibrahim, Allah s.w.t. telah menukarkan anaknya Nabi Ismail dengan seekor binatang yang bernama kibas.
Berbalik kepada cerita ana tadi, satu lagi di dalam sejarah hidup ana, ana tidak pernah sebelum ini, melapah atau membantu orang untuk menyiapkan daging untuk dibahagi-bahagikan. Mungkin itu menjadi pengalaman yang amat berguna kepada ana untuk menjadi bekal kehidupan seharian. Kan ada pepatah, sebelum kita mencuba, kita belum tahu cara untuk melakukannya.
Pada awal pagi hari raya kedua, ana dan keluarga ana mengadakan kenduri kesyukuran untuk bersyukur kepada Illahi kerana dilimpahkan rezeki kepada ana sekeluarga. Antaranya, ana dapat bertukar mengajar dari sekolah di pulau banggi ke sekolah di darat iaitu di Kudat dan sebagainya.
Semoga Hari Raya Eidul Adha pada tahun ini, diberikan sinar cahaya keberkatan untuk ana sekeluarga dan semua untuk kita meneruskan kehidupan seharian yang penuh mencabar ini. Insya Allah.
-maaf gambo terlupa nak amik
No comments:
Post a Comment