Salam buat semua.
Sedar x sedar, 9hb Disember lalu genaplah setahun umur laman blogspotku ini. Cepat rasanya berlalu setahun ke setahun.
Ku menyedari bahawa laman blog ku ini tidaklah sehebat blog2 orang lain punya, tapi akan ku perbaikinya dari semasa ke semasa.
Rasanya kulit itu tidaklah penting sangat, tapi yang penting, isinya buat bekal untuk saya dan pembaca semua meneruskan perjuangan menjalani onak duri kehidupan di dunia yang fana ini.
Dengan usia setahun jagung ini, akan ku teruskan perjuangan untuk memberi peringatan buat diriku dan pembaca semua agar tidak terleka dengan kemewahan dunia. Kan ada ayat Al-Quran yang mafhumnya berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran dan berdakwahlah kamu walaupun sepotong ayat.
Kita semua adalah umat Islam yang diwajibkan berdakwah kepada sesiapa sahaja, walaupun sepatah ayat. Berdakwah bukan setakat kena baca ayat Al-Quran dan Al-Hadith semata-mata sahaja, tapi berdakwah ke arah kebaikan dan kebenaran, itupun dinamakan dakwah.
Semoga dengan kewujudan laman blog saya ini memberi manfaat kepada kita semua, insya Allah. Apa yang baik itu daripada Allah s.w.t. dan apa yang cacat cela itu dari kelemahan diri saya sendiri.
1 comment:
Salam ziarah..
Teruskan perjuangan anda dlm bidang penulisan..=)
Post a Comment