basmalah Pictures, Images and Photos

Friday, December 5, 2008

salam eidul adha 1429H

Assalamualaikum

Apa khabar semua?
diharap dalam keadaan sihat sejahtera dibawah lindungan daripada rahmatNya.

Beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh negara akan menyambut satu lagi hari raya iaitu Hari Raya Eidul Adha.

Di beberapa negeri di Malaysia, mungkin hari raya ini dianggap biasa sahaja berbanding dengan hari raya Eidul Fitri, mungkin disebabkan ianya tidak semeriah hari raya Eidul Fitri.

Tapi kita mesti ingat bahawa Hari Raya Eidul Fitri begitu penting buat kita semua kerana pada hari raya tersebut byak peristiwa yang berlaku, iaitu semua umat Islam di seluruh negara berkumpul di Makkah untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu ibadah haji.

Disamping itu juga, kita juga digalakkan berkorban binatang ternakan sebagai mengambil iktibar peristiwa Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail, tapi dengan takdir Allah s.w.t. Nabi Ismail ditukarkan dengan seekor haiwan yang dinamakan kibas.

Sebenarnya hikmah berkorban bukan setakat melakukan ibadah korban penyembelihan binatang itu sahaja, malah yang paling penting, pengorbanan kita untuk memperjuangkan agama Islam yang kita anuti.

Cuba kita renungkan .... Apakah pengorbanan kita untuk agama Islam yang kita anuti selama ini?? Adakah setakat amalan untuk kita seharian sahaja, ataupun kita melakukan pengorbanan untuk menyelamatkan saudara seIslam kita yang lain, antaranya membantu mereka yang hidup dalam kesengsaraan atau penderitaan, membantu ekonomi umat Islam dan sebagainya.

Saya berasa kagum dengan gerakan kristian, mereka sanggup meredah hutan belantara, ombak badai, semata-mata memperjuangkan agama mereka.

Adakah kita sebagai penganut agama Islam sanggup melakukan seperti yang dilakukan oleh mereka itu??

ada tu memanglah ada, tapi hanya segelintir sahaja, dan apabila pertanyaan itu diajukan kepada kita, ada yang menuding jari kepada pihak berkuasa sahaja, walhal tanggungjawab itu milik kita semua kerana apabila kita menganuti agama Islam, kita bertanggungjawab mempertahankan agama kita, memperkembangkan agama kita dan sebagainya.

Kerana ada hadis yang menyatakan bahawa kita kenalah berdakwah walaupun sepatah ayat. kerana dengan sepatah ayat itulah akan memberikan kesan yang mendalam di lubuk sanubari kita.

Oleh itu, jika kita belum lakukan pengorbanan kepada agama kita, lakukanlah pengorbanan, kerana kita bernafas dan hidup di dunia ini, bukan setakat untuk diri kita sahaja, malah untuk kebaikan semua. Biarlah kita hidup berjasa dan dikenangi oleh orang dengan kebaikan kita bukan kita hidup di dunia dikenangi oleh dengan kejahatan kita dan menyusahkan orang lain pula.

Apa yang baik itu hanya daripada Allah s.w.t. dan apa yang cacat cela itu adalah kelemahan diri saya sendiri. dan harap mohon maaf.

wassalam

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi