Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: -Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; -Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; -Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; -Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; -Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu -Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; -Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; -Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; -Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; -Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; -Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; -Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan; -Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; -Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. |
Sunday, December 23, 2007
Ciri-ciri teman sejati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts
No comments:
Post a Comment