Salam... emm,sila laa hayatinya ek... kalau ada terasa, saya minta maaf.. tp sila la perbaiki diri n mahasabah diri selalu... :) Zaman sekolah ber 'ana-enti', Sekarang hilang diterbangkan angin; 'Aku-engkau' jadi pengganti, "Ana rindulah sama Al-Amin.. "Bertudung labuh ayu sentiasa, (iyakah?) Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter) Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka, Entah bila nak 'ayu' semula. Cakap siang pandang-pandang, Cakap malam dengar-dengar; Batas pergaulan makin berkurang, Dah makin lupa apa ustaz ajar. Dulu cakap dengan laki jarang sekali, Batas pergaulan punyalah jaga; Sekarang pampang gambar dengan buah hati, (especially at Friendster) "Kak, rasa malu tu campak pergi Thailand ka?" Dulu bahasa bukan main jaga, Bukan apa, takut terbuat dosa; Sekarang dah pandai bahasa gila-gila, Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema" Dulu berlumba-lumba dengan member, Hafal Quran gila-gila; Sekarang Quran kumpul habuk saja, "Alah. Aku banyak kerja lain lah..." Ustaz selalu cakap kat kita, Jadilah contoh muslim sejati; Tapi sayang kebanyakan leka, Bila dunia diletakkan di hati. Orang cakap budak Al-Amin berkualiti, Baik, berakhlak lengkap semuanya; Sayangnya indah khabar dari realiti, Bila melihat pada fi'il anak didiknya. Bila ditegur angin satu badan, Konon sudah tahu belaka; Kalau dah tahu Kenapa teruskan, Seronok sangat ke kumpul dosa? Macam tu lah kalau terasa diri hebat, Nama pun lepasan sekolah agama; "Tak payah lah kau nak bagi nasihat, Kau ingat kau tu baik sangat ke?" Itulah realiti budak sekolah agama, Majoriti terkejut dek dunia luar; Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja, "Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!" kasihan ustaz mengajar kita, kasihan mak bapak nak anak jadi berguna; Kita ambil sambil lewa, Alasannya kita bukan insan sempurna. Memang insan tiada yang sempurna, Kerana itu dituntut berusaha; Tak guna ilmu penuh di dada, Jika tak berusaha menghayatinya. Bukan mengeji bukan mengata, Teguran ikhlas dari jiwa; Teguran buat diri saya juga, Saya juga insan penuh dosa. |
Sunday, December 23, 2007
Peringatan kepada kita semua !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts
No comments:
Post a Comment