basmalah Pictures, Images and Photos

Tuesday, December 11, 2007

Jangan Menyokong Pemerintah Zalim

"Dipetik dari Harakahdaily.net"


AYER MOLEK, 11 Dis (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengingatkan umat Islam di negara ini agar jangan menyokong golongan zalim yang memerintah Malaysia sekarang. -->

"Jangankan menyokong, condong pun tidak boleh.
"Pemerintah yang memerintah sekarang jelas melakukan kezaliman di mana kezaliman paling besar ialah syirik kepada Allah contohnya upacara mengalungkan bunga di Tugu Negara yang diamalkan oleh pemimpin sekarang,"tegas beliau.
Menurut beliau juga, Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sudah lama mengeluarkan fatwa ianya haram dan fatwa tersebut digazetkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Malangnya kerajaan Islam Hadhari melanggarnya, jadi siapa yang menyokong kerajaan syirik, mereka turut sama dapat sahamnya,"katanya lagi ketika berceramah di rumah Haji Karim Mohamad di Ayer Molek di sini baru-baru ini.
Dr Haron juga kesal dengan sikap kerajaan yang tidak menghiraukan kesengsaraan rakyat yang menderita akibat kenaikan harga barang.
Beliau dengan sinis mentafsir BN sebagai - Barang Naik, Bila Naik - Baru Naik, Berapa Naik - Banyak Naik.
"Begitu juga dengan kadar tol yang turut naik yang jelas membebankan rakyat. Kerajaan tunduk kepada syarikat yang mengendalikan lebuh raya dengan menandatangani kontrak berat yang sebelah. Akhirnya rakyat yang menderita," tambah beliau.
Selain itu, Dr Haron turut kesal dengan kegagalan syarikat Petronas milik kerajaan yang gagal membayar zakat dengan hasil minyak yang diklasifikan sebagai harta rikaz.
"Petronas untung RM42.6 bilion untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, kalau kita anggarkan setahun Petronas boleh dapat RM85.2 bilion, malangnya Petronas tidak pernah membayar zakat seperti dijawab di dalam sidang parlimen," tambah Dr Haron.
Ini kerana katanya, kerajaan yang memerintah hari ini tidak mementingkan hukum Islam sehinggakan majoriti syarikat-syarikat besar di Kuala Lumpur tidak membayar zakat.
Ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek tersebut telah mendapat sambutan di luar dugaan. Turut berceramah bersama beliau pada malam itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.- pemudabukitkatil.blogspot.com -->

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi