Salam Bertemu kembali dalam blogspot saya ini. Di sini, saya ingin berkongsi kisah pengalaman hidup saya semasa saya berada di sekolah. Lokasi sekolah saya terletak di tepian pantai Pulau Banggi. Hanya berjalan beberapa minit sahaja, sudah sampai ke rumah guru yang saya diami. Pertama sekali saya ingin menceritakan suasana di sekolah tersebut. Buka sahaja pintu rumah sudah mengadap pantai yang indah sekali. Kalau orang baru, mesti seronok kerana merasakan seperti tinggal di resort. Tapi kalau dah selalu, pasti menjemukan ibarat kata orang, berat lagi mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Tapi nak wat camner, dah rezeki saya di situ, redha jerla demi perjuangan mendidik anak bangsa. Pada waktu malam, sungguh menyeronokkan kerana laut diterangi dengan cahaya lampu kapal2 laut, kapal dagang yang belayar menuju destinasi masing2. Satu pengalaman yang berharga ialah melihat orang menjala ikan. Di sini, satu perkara pelik, kerana letak sahaja pukat di tepian pantai pada waktu senja, dan mengambilnya pada awal pagi, akan adalah rezeki walaupun tidak seberapa, tapi cukuplah untuk dibuat lauk pada hari tersebut. |
Tuesday, December 11, 2007
Kenangan di pulau
ya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts
No comments:
Post a Comment