Saturday, September 13, 2008

Tazkirah kepada semua

A) Terdapat di dalam hadis lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya :

1) Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
2) Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
3) Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
4) Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
5) Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadhan itu ubatnya.


B) Sabda Nabi s.a.w. :
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara :

1) Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
2) Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
3) Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
4) Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
5) Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.


C) Apabila hampir mati seseorang hamba Allah, maka terbahagilah dia kepada lima bahagian :

1) Hartanya untuk warisnya.
2) Nyawanya untuk Malaikat Maut.
3) Dagingnya untuk ulat-ulat.
4) Tulangnya untuk tanah.
5) Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya.


Semoga menjadi peringatan kepada kita semua. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi