Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H - 2011M

Salam kepada semua.

Dikesempatan ini, aku mengucapkan salam maulidur Rasul 1432H - 2011M.
Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 1Malaysia 1 Ummah.

Pada hari ini. semua tempat di Malaysia merayakan perayaan Maulidur Rasul untuk berselawat mengenangkan sejarah kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Banyak acara yang diadakan seperti berarak, ceramah, ada laks anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan sebagainya.

Tidak kurang juga di media elektronik, banyak program keislaman disiarkan semata-mata mengingati sirah junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi adakah itu semua sudah cukup untuk membuktikan cinta kita kepada RasululLah. Seolah2 macam kita menyambut harijadi. Arini, ramailah yang wish kepada kita, pastu tunggu nanti tahun depan laks, orang ingat kepada hari birthday kita.

Umumnya, kita mengetahui bahawa RasululLah mengalami perjuangan yang pahit getir semata-mata untuk menegakkan agama Islam yang tercinta, tanpa perjuangan baginda, tidak mungkin Islam kekal hingga ke hari ini. Tidak mungkin kita semua beragama Islam jika tiada perjuangan untuk menegakkan agama Islam ini.

Tidak cukup sekadar kita ingat kepada RasululLah dgn menyambutnya melalui perarakan pada satu hari sahaja. sebenarnya kita perlu mendalami sirah perjuangan baginda menegakkan agama Islam. Iaitu dgn mengamalkan sunnahnya dan mengambil pengajaran serta iktibar daripadanya.

Paling kurang pun, walaupun kita semua tidak berjuang seperti nabi, kita berjuang di dalam kehidupan kita dgn mengamalkan sunnah nabi seperti berpuasa sunat, mengamalkan apa yang buat. bagaimana kehidupan RasululLah, kehidupannya cukup bersederhana, bukannya bermewah2, prihatin dgn masyarakat sekitarnya.

Kalau diceritakan di sini, tidak cukup untuk menerangkannya kerana luas skopnya. Kerana RasululLah itu ikutan semua dan role model untuk kita ikuti. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun, bidang pentadbiran, bidang kekeluargaan, bidang pengurusan dan lain-lain lagi.

Akhirnya, kita hendaklah mencintai dan mempelajari sirah RasululLah untuk dijadikan iktibar kepada kita semua setiap hari, bukannya meraikan kelahiran RasululLah pada 12 Rabiul Awal setiap tahun sahaja.

Sunday, February 13, 2011

Alhamdulillah, akhirnya .......




Assalamualaikum WarahmatulLah kepada semua.

Bertemu kita sekali lagi dalam nukilan blogku ini.
Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi kegembiraan dgn semua pembaca blogku, tidak kiralah walaupun seorang yang membaca blogku ini, aku hargainya. Terima kasih kerana sudi membaca blogku yang kurang sempurna ini. Sesungguhnya yang sempurna itu hanya datangnya dari Allah S.W.T. dan yang kurang itu, daripada hambaNya, termasuklah diriku ini. Walaupun diri kita kurang sempurna, kita digalakkan untuk berusaha untuk mengatasi segala kelemahan dan kekurangan itu, barulah kita ini menjadi insan yang unggul. Panjang pulak aku bersyarah, xperla, kalau kalian sudi mendengar, apa salahnya kl kita ini diberi peringatan atau tazkirah, mudah-mudahan mendapat ilmu darinya, insya Allah .....

Berbalik kepada ceritaku tadi, sebenarnya aku ingin berkongsi kegembiraan dgn anda semua tentang kelahiran cahaya mataku yang pertama iaitu seorang puteri yang diberi nama "ANEESA SAFIYYAH BINTI SYAHRIZAL". Nama itu sebenarnya isteriku yang berikan semasa dia mengandung lagi. Tak perla, berilah peluang kepada dia, yerla dia yang melahirkan zuriatku. Anak yang seterusnya, aku pula yang berikan, insya Allah. Aku pun xkisah benda tu, yang penting namanya cantik dan bermakna yang baik. Maknanya pun sedap 'Penghibur yang memberikan ketenangan'. Okla tu.

Sebenarnya aku ingin berkongsi peristiwa kelahiran puteriku itu. Ketika aku berada di Sabah lagi, iaitu 4 hari sebelum dia dilahirkan, iaitu pada petang hari Khamis, isteriku telah pergi membuat pemeriksaan di klinik berhampiran dgn sekolahnya. Setelah menjalani pemeriksaan, didapati isteriku terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Melaka. Ini adalah kerana dia menghadapi tekanan darah yang tinggi. Itulah pengalaman pertama dia menaiki ambulan. Menurut ceritanya, hanya Allah sahajalah yang tahu mcammana berada di dalam ambulan, kl orang yang berpengalaman menaiki ambulan tahulah camne rasanya. Kita di luar terasa ambulan tu laju, orang yang berada di dalamnya lagila.

Selepas berada di hospital laks, isteriku telah diperiksa oleh doktor dan terpaksa menunggu berjam2 keputusan pemeriksaannya. Akhirnya lebih kurang pada pukul 1 pagi, isteriku terpaksa dimasukkan di dalam wad. Untuk pengetahuan semua, pada mulanya, isteriku ditemani oleh adiknya iaitu adik iparku. Tapi pada malam itu, dia pulang ke rumah untuk mengambil keretaku yang ditinggalkannya di klinik dan berehat di rumah.

Keesokan harinya, iaitu pada hari Jumaat, pada tengaharinya, alhamdulillah, isteriku dibenarkan pulang ke rumah setelah doktor berpuas hati dgn hasil pemeriksaannya.

Berbalik padaku pula, aku telah membeli tiket untuk pulang, tujuanku pulang ialah untuk menghantar isteriku pulang ke kampung supaya dia melahirkan anak di kampung. Yerla, di kampung senang, ramai orang yang dapat menjaganya berbanding dgn Melaka, tiada saudara mara. Aku berangkat dari Kota Kinabalu pada hari Sabtu malam dan sampai di LCCT pada pukul 1 pagi. Pastu aku duk menunggula smpai jam 9 pagi untuk menaiki bas ke Melaka Sentral. Paham2 sendirilah, kat situ, manalah boleh tido lena sgt, nasib baikla ada laptop, so layanla apa2 yg menarik terutamanya facebook.

Pukul 9 pagi, tunggu punya tunggu, bas smpai lewat, dah pukul 9.40 barulah bas smpai, alasan dia, jammedla, ada eksidenla. Sebelum tu, aku call isteriku, dia kata pagi tu dia berasa sakit perut. Dia bagitau aku, dia nanti nak g klinik berdekatan Melaka Sentral untuk diperiksa. Dalam perjalanan aku dalam bas menuju ke Melaka, isteriku msg aku, dia bgtau, doktor memintanya pergi ke hospital dgn segera. Lalu dia pun terus ke hospital menaiki teksi bersama adik iparku. Dia pun msg aku, smpai di Melaka Sentral nanti, terus ke hospital Melaka untuk amik kunci kereta daripada adik iparku.

Sampainya aku di Melaka dkat jam 11 pagi sudah. pastu cepat2 aku mengambil teksi, terus ke hospital melaka, smpainya aku di hospital, dan mengambil kunci kereta daripada adik iparku, dia pun menyuruhku membeli keperluan bayi. Hatiku terdetik dan terkejut. Biar betul, dah nak bersalin. Padahal duenya lambat lagi. Lebih kurang 3 minggu. Memberku bagitau, anak sulung ni, memang begitu, kadang2 awal, kadang2 lewat. Pastu aku menaiki teksi kembali ke Melaka Sentral. Anda semua nak tau, berapa tambang teksi tu ulang alik dari Melaka Sentral ke Hospital Melaka yang jaraknya hanya beberapa minit sahaja boleh smpai, itu kerana ikut jalan "short-cut". RM50. Biarlah nak wat camne, dah terdesak, terima jerla.

Smpainya aku di Melaka Sentral laks, aku terus pergi ke Mydin 24 jam yang berdekatan, untuk membeli keperluan. Aku ni manalah tau sgt, brg2 apa yang hendak dibeli, sebenarnya benda2 tu semua sudah dibeli, tapi tinggal di kampung. yerla, ingat sempatla balik kg. Inilah jadinya, kita hanya merancang, Tuhan sahaja yg menentukannya. So, terimalah semua ketentuan Illahi. Pasti ada hikmah darinya.

Pada pukul 5, isteriku telah dimasukkan dalam bilik pembedahan, aku tidak boleh masuk melihatnya, mestilah orang lain berkata, "rugilah tidak masuk, tengok bagaimana susahnya isteri kita melahirkan anak, berkorban nyawa, antara hidup dan mati, semata-mata melahirkan anak. Sebenarnya sudah jadi peraturan hospital Melaka, ini yg aku tahula, xtau laks, kl hospital2 di tempat lain, suami hendaklah mengikuti kursus untuk memasuki dewan pembedahan dan akan dapat sijil. sijil itu diperlukan untuk memasuki dewan pembedahan. mesti ada rasionalnya, pihak hospital perlukan sijil itu. Kl boleh masuk pun, aku tidak mampu untuk masuk, yerlah, diriku ini berasa lemah, yerlah, dah xtido semalaman, tiada rehat yang cukup. Aku hanya mampu berdoa agar isteriku selamat melahirkan zuriatku.

Alhamdulillah, sedang orang lain kalut mengikuti perkembangan keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang dan menunggu masuknya waktu maghrib, pada pukul 7.21 malam. 30 Januari 2011, akhirnya anakku iaitu seorang puteri selamat dilahirkan ke dunia yang penuh dgn pancaroba ini. Aku bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana isteriku selamat melahirkan anakku yang pertama tanpa melalui pembedahan.

Kl nak diceritakan satu persatu, panjang lagila penerangannya. nanti kesian laks, kepada pembaca semua. bukan aku nak dedahkan peristiwa ini, bukan nak riak, tapi sebagai pengajaran kepada bakal bapa yang akan menimang cahaya mata. sekurang-kurangnya, pengalaman aku ini dapat dijadikan iktibar kepada semua agar kita semua bersedia dgn apa yang berlaku. segala benda yang terjadi, itu adalah perancangan dari Tuhan Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya, kena redha dgn takdir yang telah ditetapkan kepada kita.

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi