basmalah Pictures, Images and Photos

Sunday, August 23, 2009

Peristiwa sepanjang bulan Ogos

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


Pekabar semua? Diharap semuanya berada di dalam keadaan sihat di bawah lembayung Allah s.w.t.

Mcm-mcam peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ogos ini, tetapi ana mahu memetik peristiwa yang penting2 untuk kita renungi bersama.

1) Pada 13 Ogos yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kematian penyanyi nasyid kumpulan Rabbani iaitu Ustaz Asri Ibrahim, 40 yang meninggal dunia kerana serangan jantung. Sebagaimana yang kita tahu, Us Asri banyak menyumbangkan lagu-lagu yang boleh menginsafkan kita semua, bukan setakat semasa dia di dalam kumpulan Rabbani lagi, tapi semasa dia di dalam kumpulan nasyid Al-Arqam lagi. Kematian Us Asri sebenarnya dapat menginsafkan kita walau apapun taraf kita, sehebat manapun kuasa kita, kita akan dijemput oleh-Nya pada satu masa nanti kerana kematian itu suatu perkara yang pasti, dan setiap kita akan melaluinya cuma masa akan menentukannya.

2) Pada 16 Ogos 2009, kita pulak dikejutkan atau sudah tau, bahawa Us Akhil Hayy menamatkan kontroversi gosipnya dengan berkahwin dengan penyanyi nasyid Waheeda. Mereka dinikahkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru. Itulah sebelum ini Us Akhil telah menafikan sekeras2nya bahawa ada hubungan dengan Waheeda, tapi akhirnya gosip itu bukan gosip semata-mata, menjadi kenyataan. Itulah, alangkah tercemarnya gelaran Ustaz bila Ustaz itu berbohong, kalau dah betul tu, apa salahnya, kerana bercakap benar itu lebih pahit daripada hempedu.

3) Pada 17 Ogos 2009, negara kita telah mencatat sejarah itu dengan penamaan calon untuk pilihanraya kecil yang kesembilan selepas PRU 12 iaitu di N11, Permatang Pasir di Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Rohaizat Othman, iaitu S/U UMNO Permatang Pauh dengan calon PAS, Mohd Salleh Man, iaitu Pesuruhjaya PAs Pulau Pinang. Yang menariknya kawasan ini ialah bagi PAS, kawasan ini suatu kawasan yang unik, kerana calon PAS, bertanding di dalam Parlimen Permatang Pauh, yang diwakili oleh PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diperintah oleh Ketua Menteri dari DAP, iaitu En. Lim Guan Eng. Bagi BN pula, mereka berhempas pulas untuk memenangi kerusi ini bagi membuktikan bahawa BN diterima oleh rakyat di Semenanjung kerana sepanjang PRK di semenanjung, BN tersungkur di tangan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP-PKR-PAS. BN hanya memenangi satu kerusi sahaja iaitu di DUN Batang Ai, di Sarawak. Dengan kemenangan BN di Permatang Pasir, dijangka dapat membersihkan maruah mereka dan bagi menghadapi PRU yang ke 13 satu masa nanti. Semoga rakyat di PRK N11 Permatang Pasir akan menentukan siapakah calon yang layak mewakili mereka pada 25 Ogos nanti dengan sebaik-baiknya.

4) Pada 22 Ogos sehingga 31 Ogos pula, bermulalah cuti pertengahan penggal ke dua. Maka bergembiralah semua warga pendidik dan murid-murid kerana mereka dapat merehatkan minda mereka dari belenggu masalah dan kebosanan mereka di sekolah. Tapi cuti-cuti jugak, buku pelajaran jangan di abaikan kerana ilmu itulah yang akan membawa kita kepada kejayaan. Orang yang berilmu sahajalah yang akan dipandang mulia.

5) Pada 20 Ogos juga, telah ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi tahun 1430 H. pada malam itu juga ditetapkan bahawa hari permulaan puasa pada hari sabtu, 22 Ogos 2009. Sebagaimana kita tahu, bahawa bulan Ramadhan inilah penuh dengan keberkatan, bulan mengumpul sebanyak mungkin pahala, bulan untuk mencari rezeki halal yang lebih dan sebagainya. Terpulanglah pada diri kita, samada ingin mengumpul ganjaran pahala atau tidak. Kerana kita tidak tahu lagi, samada kita berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Rugilah kita jika kita tidak mengambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini untuk berbuat sebanyak mana amalan kebajikan kerana pada bulan Ramadhan ini terdapatnya malam Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan.

Rasanya itu sahaja yang ana highlightkan untuk renungan kita bersama. Kerana setiap peristiwa yang berlaku itu ada hikmahnya kepada kita semua. Kita hendaklah muhasabah diri kita setiap hari kerana orang yang berjaya ialah orang yang hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Moga-moga kita semua mendapat rahmat daripada-Nya, Insya Allah.

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum
Tanggal 3 hari sahaja lagi, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Pada petang Khamis ini, telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadhan, dan pada malamnya akan menjadi penentu samada kita semua akan berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu. Alangkah berkatnya pada tahun ini, tengok anak bulan pada malam Jumaat, malam yang penuh keberkatan, yang jarang2 skali kita jumpa.
Adakah kita semua sudah bersedia untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Diharap amalan kita pada bulan Ramadahan pada tahun ini adalah yang terbaik daripada bulan ramadhan tahun sebelumnya. Manalah taukan, ramadhan pada tahun akan datang, kita tidak berkesempatan lagi.
Oleh kerana itu, marilah sama2 kita berebut-rebut mengambil sebanyak-banyaknya pahala pada bulan ramadhan ini. Samalah seperti kita masuk ke IPT, kita bersaing untuk mendapat kejayaan yang cemerlang, pada bulan ramadhan ini jugalah, dapat mengajar kita mengawal semua nafsu kita, samada nafsu makan, nafsu kemarahan dan sebagainya daripada berleluasa. Semoga amalan kita pada bulan ramadhan kali inidiberkati olehNya. Insya Allah.

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi