basmalah Pictures, Images and Photos

Wednesday, February 25, 2009

Minggu yang memenatkan

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


sejak minggu lepas lagi, merupakan minggu yang paling sibuk bagiku,
ha barulah aku tau rupanya duduk di kudat ni, bkn blh duduk rileks, tapi byk keje mau dibuatnye. blum lagi pindah semenanjung, kl x, xtaula apa nak jadi. smemangnya camtula kehidupan seorang pendidik ni, banyak keje sebenarnya, tapi terpulang pada diri sendirila, tepuk dada tnyalah hati, sama ada nak wat biasa2 ataupun sebaliknya. bkn kita menyibukkan diri untuk dinilai oleh pihak pentadbir tapi sebenarnya kita dinilai oleh Allah s.w.t. kerana segala kerja amalan kita itu adalah ibadah, itupun kl niat dia ikhlas kerana Allah s.w.t.

Berbalik pada cerita sy tadi, mesti anda semua tertanya2, apakah yang membuatkan sy ni sibuk sgt, kl semua nak tau, sy ni dah seminggu x ke sekolah, terasa rindu laks kepada anak2 murid, kekadang rasa kesian pada anak murid yang byk ketinggalan pembelajaran, nak wat camne, sebagai pendidik ni, bukan sahaja setakat mengajar di sekolah sahaja, tapi macam2 aktiviti yang akan sy ceritakan nanti.

oklah, pada hari isnin yang lepas, sy ke sekolah seperti biasa. pada hari selasa laks, sy sebagai guru pendidikan Islam, telah dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah kudat, semua guru pendidikan Islam termasuklah guru j-QAF diwajibkan hadir. ari rabu laks, sy pergi ke sekolah seperti biasa. manakala pada hari khamis dan jumaat laks, sebagai guru pendidikan islam skali lagi, sy menghadiri kursus pendek kelolaan ipg kent mengenai kursus tulisan jawi. Penceramah kursus ini ialah Ustzh Sabariah Bahrun iaitu pensyarah IPG Kent. Beliau juga merupakan adik kepada Ust. Badrul Amin Bahrun iaitu pencermah yang terkenal pada satu ketika dahulu, & sy rasa ramai yang mengenali beliau. Beliau telah dibantu oleh Ust Nik Hassan Nik Seman yang merupakan pensyarah IPG Kent gaks. Ustzh Sabariah sebenarnya merupakan pensyarah sy ketika aku menuntut di IPG Kent ketika mengikuti KPLI pada tahun 2005 yang lepas. Beliau masih lagi mengenali aku dan beberapa orang kawanku iaitu Pok Lie, Mat Yie & Wansur. itulah bumi ni kecik sebenarnya, aku blh lagi berjumpa dengan pensyarahku & aku juga terkejut, rupanya ada gaks juniorku semasa di Kolej IKIP di Kuantan dulu, yang baru sahaja posting sebagai guru j-QAF di kudat ni. aku minta maaf kerana aku ni jarang mengenali juniorku kecualila yang menegurku sahaja.

Seterusnya, pada minggu ini laks, iaitu pada hari Isnin & selasa, aku sebagai guru pusat sumber, aku menghadiri kursus berkaitan dengan ICT iaitu eduwebtv. Kl anda semua nak tau, apa itu eduwebtv, layarilah www.eduwebtv.com. Byk informasi yang berguna terutama bagi yang bergelar pendidik. Eduwebtv ni semacam tv pendidikan tapi tv pendidikan tv ada time dia yang tersendiri, jika kita terlepas, xdapatla kita melihatnya, tapi eduwebtv ni kita menontonnya bila2 masa sahaja, malahan blh download lagi tayangannya. Mcm promotela plaks, apapun tanggapan anda semua, benda yang bermanfaat hendaklah dikongsi bersama, x gitu? tapi masalahnya, selepas kursus eduwebtv ni, sesiapa yang mengikutinya hendaklah buat "in-house training" kepada guru2 disekolah masing2 dalam masa sebulan selepas kursus. Byk kejela pulak. Dah itu tanggungjawabnya, time jerla, yg penting, ikhlas.

Pada petang selasa tu pulak, kira2 jam 2 ptg, aku bersama kawan2 ku iaitu G-man & Amin pergi ke SMK Pinawantai kerana ada meeting pasal MTQ Peringkat Daerah Kudat, thn ni SMK Pinawantai menjadi tuan rumah. Aku mewakili zon sikuati. meeting pny meeting smpaila kul 4.30, barula tamat meeting tu. Malam tu pulak, ada usrahla, sebagai makanan hati di rumah Ust Amin di Taman Orkid.

Pada pagi ini, iaitu hari Rabu, adalah meeting MTQ Peringkat Zon Sikuati yang berlangsung di SK Sikuati. Aku menjadi pengerusi kerana thn ni, sekolah aku iaitu SK Terongkongan menjadi tuan rumah MTQ Peringkat Zon Sikuati. Kl anda semua nak tau, nilah first time aku jadi pengerusi MTQ dan Tuan Rumah laks tu, sepanjang aku berkhidmat sebagai guru pendidikan Islam ni. Sekolah aku dulu, bukan aku nak menghina, tapi itulah hakikatnya tidak pernah mengikuti acara diluar sekolah, nak wat camner. pulau katakan, payah semuanya & memerlukan kos yang tinggi. Selepas meeting tu, aku & ust Razali sebagai s/u pergi ke Pusat Latihan Dakwah Kudat untuk memohon menggunakan dewannya. Alhamdulillah, pihak PLD bersetuju dan mengizinkan kami menggunakan dewannya.

Daripada aku cerita tadi, mesti anda semua dapat bayangkan betapa sibuknya aku ni, bukan aku nak berbangga, tapi itulah taklifan yang telah diberikan kepadaku.

Lupa aku nak cerita, aku belum lagi melatih anak muridku untuk mewakili acara yang dipertandingkan dalam MTQ itu nanti, anda semua nak tau, bila MTQ Peringkat Zon itu berlangsung? 5/3 iaitu minggu depan, adakah aku dapat melatih anak muridku yang tahun2 sebelumnya menyertai pertandingan nasyid dalam masa yang singkat, sedangkan aku ni pun bkannya pernah melatih sesiapa pun dalam nasyid ini, nanti aku akan ceritakan pada episod akan datang. Esoklah merupakan permulaan bagiku untuk melatih dan seterunya membawa anak muridku mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid.

itulah org ckp, jika kita xmenghadapi atau merasai sesuatu yng baru, kita tidak berasa nikmatnya, kerana bermula daripada pengalaman pertama itulah yang mengajar kita erti kesusahan dan sebagainya. Pengalaman pertama itulah yang akan menjadi kenangan yang terindah dan manis dalam hidup kita. Oleh itu, kita hendaklah bersedia menghadapinya, barulah kita mempunyai pengalaman kerana pengalaman itulah yang akan mendewasakan dan mematangkan hidup kita.

Thursday, February 5, 2009

Carilah Jodoh Beragama, Sabda Rasulullah s.a.w.

Dipetik daripada Harakahdaily.net


Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

11:56 p.m, 2 Januari
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi