Tuesday, March 18, 2008

Seandainya Kelantan Tewas ....

Dipetik daripada kiriman ukhwah.com

"Ya ALLAH, izinkan kami di sini menyimpan kenangan manis itu untuk melegakan kepedihan sekiranya Kelantan tewas.HanyaMu kami sembah, HanyaMu kami bermohon, hanyaMu kami berlindung.Amin ya Rabalalamin…..

Oleh : AdukaTaruna

Seandainya Kelantan tewas.Terima kasih ALLAH kerana mengajarku terlalu banyak perkara…Terima kasih ALLAH kerana menunjukkan kepadaku terlalu banyak perkara…Apa itu air mata, apa itu tok guru, apa itu penderitaan, apa itu kasih sayangAh…Terlalu banyak yang tidak tersenarai…
Seandainya Kelantan tewas.Terima kasih ALLAH atas apa yang dipinjamkan selama ini…Ampunkan dosa pemimpinnya dan rakyat di dalamnya selama ini..Merekalah yang memberi semangat kepada kami di sini..Merekalah yang memandu perjuangan kami di sini..Ampunkan dosa mereka, Ya ALLAH, terlalu banyak jasa mereka kepada kami di sini sepanjang tempoh peminjamanMu Kelantan kepada mereka.
Seandainya Kelantan tewas.Berikanlah sedikit hadiah kepada mereka ya ALLAH...Berikanlah sedikit ketenangan kepada kami di sini ya ALLAH...Walaupun kami dan mereka tidak layak untuk itu..Tapi kasihanilah kami Ya ALLAH..Hanya kepadaMu kami merintih dan mengadu.
Seandainya Kelantan tewas.Kami tidak lagi mempunyai kuasa pengimbang melindungi hak-hak muslim di tanah ini Ya ALLAH...Lindungi wanita-wanita kami Ya ALLAH...Lindungi anak-anak kami Ya ALLAH...Lindungi ulama-ulama kami Ya ALLAH...Lindungi peniaga-peniaga kami Ya ALLAH...Yang mengizinkan tewas itu Engkau Ya ALLAH...Dan yang melindungi kami juga adalah Engkau Ya ALLAH.
Seandainya Kelantan tewas.Izinkan kami akan menyimpan kenangan manis tersebut selama-lamanya...Jangan dipadamkan kenangan itu dari hati kami Ya ALLAH...Jangan diluputkan sejarah itu dari kami Ya ALLAH...Supaya anak-anak kami mengetahuinya, Ya ALLAH...Semoga anak-anak kami bangkit menyambungnya Ya ALLAH...
Seandainya Kelantan tewas.Walaupun berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu...Kami hanya adaMu Ya ALLAH...KepadaMu kami serahkan masa depan kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami...Bantulah kami meneruskan kehidupan agamaMu dalam suasana yang tidak menentu...Jangan bebankan pundak kami dengan apa yang kami tidak mampu menggalasnya...Hanya kepadaMU kami berserah.
Seandainya Kelantan tewas.Terima kasih ALLAH atas pinjamanMu selama ini untuk kami di sini...Terima kasih Tok Guru dan ulama atas tunjuk ajar kalian selama ini untuk kami di sini...Terima kasih rakyat Kelantan kerana membina model negara Islam yang dicemburui selama ini...Terima kasih semuanya.
Ya ALLAH, izinkan kami di sini menyimpan kenangan manis itu untuk melegakan kepedihan sekiranya Kelantan tewas.HanyaMu kami sembah, HanyaMu kami bermohon, hanyaMu kami berlindung.
Amin ya Rabalalamin…..

Sunday, March 16, 2008

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

dipetik kiriman dari Friendster.com

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan
makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama .

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi
sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Thursday, March 13, 2008

Hai..Boleh saya kenal??

Dipetik dari portal ukhwah.com

1. hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak,awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...keluar dengan kekawan tau, balik kntek,,,saya doakan awak.

4.wak, Kenapa tak kntek saya, saya risau awak keluar lelamer... ye,,,saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tapi saya rasa awak macam berada depn saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak bagitau,,, tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan... hehehr...thank you...saya cinta awak...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? siapa saya dalam hati awak?

6.wak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak sajasaya teringin juga nak jadi macam kawn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...thank you sayang...

7.yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja,,, yela, saya just tanya awak pakai apa jerkan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak kita jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k,,, thank you yang...

10.thank you panggil saya dengan panggilan abang,,, abang tunggu da lama da,,, abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit, Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12.ayang kita jumpa k,,, abang suka ayang pakai tudung yang saya beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayag tak cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...

13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg, thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak kan...yang, abang suka tengok mater ayang, malu malu pula dia,,,ayang tadi cantik...

14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...abang romantik pun salah ke?suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you....tengk kawan ayang dan kawan abgmcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengk, ALLAh membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15.yang,just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus?apa tandanyer?50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak, just terpikir,,,,

16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayng special untuk abang pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak mara, ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19.kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayng cintakan abang apa buktinyer yang,,,,

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....PEGANG TANGAN->TERABE->TERSEDAP->TERLANJUR->TERBUNTING->TERBUANG anak->TERKELUAR VCD LUCAH->TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA->TERBUANG->->->->- >->

JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....SEMUANYA TER....TER KE?????jawab SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI, hai, boleh saya kenal....

(ayng di atas tadi contoh mesej, anggap no itu stage stage untuk awak kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....)

Saturday, March 8, 2008

Tanda kiamat didalam mulut bayi....

Dipetik daripada friendster

Assalamualaikum,

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... ... ... ... ..

Nak tahu ape dia ??Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalamtulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebutmemang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita keranatelah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulahs.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..

Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaituakan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian

SIAPAKAH???

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang suka menyepelekan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada selalu menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak karena telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.termasuk orang seperti apakah kita?

Pesan Ustaz Akhil Hayy

DI DALAM HIDUP MANUSIA....yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat,diri ini akan SELAMAT
Apabila diri selamat,rumahtangga jadi SEPAKAT
Apabila rumahtangga jadi sepakat,masyarakat jadi MUAFAKAT
Apabila masyarakat jadi muafakat,Negara kita menjadi KUAT
Apabila negara menjadi kuat,negara luar jadi HORMAT.
Apabila negara luar jadi hormat,permusuhan pun TERSEKAT
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun MENINGKAT
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi PESAT

TETAPI AWAS,apabila pembangunan MENINGKAT
Kemajuan menjadi PESAT
Kita lihat bangunan naik BERTINGKAT-TINGKAT
Ditengah-tengah itu,tempat maksiat tumbuh macam KULAT.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah TABIAT
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
Ada yang jadi lalat ada yang jadi ULAT.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin LIAT.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi JAHAT
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya CEPAT.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati LAMBAT
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum MADUtelan jerla minyak GAMAT
Yang lelaki, budak-budak muda pakai seluar KETAT.
Semua nak tunjuk KUAT.
Bila berjudi, percaya unsur KURAFAT.
Tapi hidup pula yang MELARAT.
Tali kasut dah tak BERIKAT.
Rambut pun jarang SIKAT.
Yang perempuan, pakai mini SEKERAT
Suka pakai baju KETAT.
Suka sangat menunjukkan PUSAT.
Hingga tak pedulikan lagi batasan AURAT
Pakai pulak yang SINGKAT-SINGKAT
Kadang-kadang ternampak benda 'BULAT'.

BILA DAH JADI MACAM INI....
Siapa lihat pasti TERCEGAT,
Silap gaya jadi GAWAT,
Bohsia bohjan lagi HEBAT,
Duduk jauh berkirim SURAT,
Bila berjumpa, tangan BERJABAT,
Kemudian pakat lawan peluk siapa ERAT,
Masa tu, nafas naik sampai TERSEKAT-SEKAT,
Usah peduli agama dan ADAT.
Usah takut Allah dan MALAIKAT.
Yang penting apa kita nak BUAT?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi BULAT.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlahpula anak-anak yang tak cukup SIFAT.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
kita tengok bayi dibuang di merata TEMPAT.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk JERAT.
Habis manusia telah TERSESAT.
Inilah dia fenomena MASYARAKAT.

Oleh itu wahai saudaraku dan para SAHABAT,
Marilah kita pakat MENGINGAT,
Bahawa dunia hari ini makin SINGKAT,
Esok atau lusa mungkin KIAMAT,
Sampai masa kita semua akan BERANGKAT!
Berangkat menuju ke negeri AKHIRAT.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita BUAT.
Masa tu, sendiri mau INGAT.
Umur mu banyak mana mu buat IBADAT...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu BUAT...?
Harta benda anta, dari mana anta DAPAT...?
Ilmu anta, adakah anta MANFAAT...?

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR :
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sebelum & sesudah

Before marriage..Darling here..darling there..
After marriage..Baling here..baling there..

Before marriage..I die for you..
After marriage.."You die, up to you"Lagi lama marriage..You die i help you..

Before marriage..You go anywhere..i follow you..
After marriage..You go where..up to you..Lagi lama married..You go anywhere better get lost..

Before wedding.."You are my heart, you are my love"
After wedding.."you get on my nerves"

Before wedding.."you are sweet and kind just like cinderella"
After wedding.."you are worse than godzila"

Before wedding..Roses are red, violets are blue. Like it ornot, i'mStuck with you..
After wedding..Roses are dead, i am blue. You get onmy head, Iwill sue you..

Before wedding..Every makan he brings you to Shangri-La..
After wedding..You want to go, he says you wait la..

Before wedding..She looks like Anita Sarawak..
After wedding..DON'T KNOW WHETHER KATAK OR BIAWAK..AM I CORRECT-IT???

7 kalimah dimuliakan Allah

Sabda Rasulullah SAW:barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Balasan orang tidak melakukan solat

Orang Yang Tidak Melakukan

Solat:Subuh:Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur:Rezekinya tidak diberkati..

Asar:Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:Tidak dihormati oleh anak-anaknya.

Isya':Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Friday, March 7, 2008

5 syarat untuk buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?""Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?""Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi