basmalah Pictures, Images and Photos

Saturday, December 21, 2013

Aku kembali semula setelah 2 tahun menyepi

Asssalamualaikum semua,

Mungkin ada orang yang perasan tetiba jer aku muncul semula, dan ada juga yang tidak perasan aku muncul semula, perasan sorang2, lantakler. Pekabar kengkawan semua? di harap berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Entah, mcm aku bermimpi laks untuk mencoretkan secebis kenangan di dalam blog aku ini, Nasib baikle, boleh guna lagi dan aku masih mengingati blog aku ini.

Buat makluman semua, aku sekarang dah berpindah ke Melaka sejak Jun 2011. rasanya tahun tulah, aku dah berhenti mencoretkan nukilanku dalam blog ini. Mungkin sibuk dengan macam2 tugas, dan di Melaka ini, aku mula hidup bersama keluargaku yang tercinta. Aku pun dah bertambah seorang lagi cahaya mata iaitu seorang hero pada 30 Jun 2012. Tarikhnya sama dengan anak perempuan sulungku. Namanya Aqeel Amsyar. Dan aku juga bakal menimang cahaya mata yang ketiga pada awal Mei tahun depan.

Banyak lagi aku ingin coretkan, rasanya cukup setakat ini dulu, Insya Allah aku akan nukilkan lagi pada masa akan dating, Wassalam

Friday, September 16, 2011

Salam perjuangan buat semua

Assalamualaikum Warhmatullah wbt.

Apa khabar kepada anda semua?
Diharap semuanya dalam keadaan baik sentiasa.

Dah lama aku tidak mencoretkan nukilanku dalam blogku ini,
tahla nak kata xder masa, ada gaks masa,
pepatah menyatakan
"orang berjaya mencari peluang, orang malas mencari alasan".
so lu pikirlah sendirila yer .....

Aku ni sajer jer, nak amik kesempatan hari ini bersempena dgn Hari Malaysia, 16 September, tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut hari Malaysia, walaupun kalau nak dikirakan dari tahun pembentukan Malaysia iaitu pada tahun 1963, dah 48 tahun, tapi nak wat camner, baru nak sambut. kesian kan ??? kata cintakan tanah air, tapi benda2 macam nipun dilupakan.

Kita lupakan sejenak benda-benda berkaitan dengan sejarah ni, coz pasal Mat Indera tu pun sampai skrg xhabis2 lagi. Aku sebenarnya bukanlah pembangkang yang aktif, tapi aku kagum dengan Mat Sabu, kerana dia sebenarnya banyak membaca, bkn dia main hentam keromo jer apa yang dia ucapkan. Kerana Mat Sabulah, orang yang sebelum ini buta sejarah, kembali nak baca sejarah. kan bagus camtu. Lupakah kita bahawa suatu ketika lalu, Kementerian Pelajaran nak menjadikan subjek sejarah sebagai subjek lulus dalam SPM.

Kita sebenarnya kenalah belajar sejarah kerana sejarah itulah yang boleh menjadi pengajaran kepada kita untuk meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat kita. Tanpa belajar sejarah, kita tidak tahu apa yang berlaku sebelum kita lahir, sebelum kita mengenal dunia kehidupan. Sebab itulah, ramai di antara kita yang buta sejarah, sehingga bila kita bertanya tentang sejarah kepada anak muda masakini, mereka ada yang tidak tahu malah ada yang langsung tidak tahu. Mereka hanya tahu tentang hiburan semata-mata, tahu untuk bergembira semata-mata. Adakah golongan yang seperti ini yang menjadi bakal pemimpin kita pada masa yang akan datang ????

Aku ni bukanlah arif sgt tentang sejarah, lagipun aku tidak mengambil pengkhususan tentang sejarah, tapi sekurang-kurangnya aku dan anda semua kenalah amik tau pasal sejarah. Amik tau pasal sejarah negara kita Malaysia, pasal sejarah atau sirah perjuangan Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, sejarah dunia dan sebagainya. Ini adalah kerana bila kita belajar sejarah, sekurang-kurangnya boleh membentuk jati diri kita.

Hanya setakat ini dulu, coretan aku buat masa ini, kalau ada masa yang terluang, insya Allah, aku akan coretkan lagi buat tatapan kalian semua, akhir kata, selamat hari Malaysia yang ke 2 & yang ke 48. semoga kita semua ambil peluang yang ada untuk belajar sejarah supaya kita menjadi orang yang berpengetahuan dan mempunyai jati diri yang kuat, insya Allah ....

Sekian, wassalam

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H - 2011M

Salam kepada semua.

Dikesempatan ini, aku mengucapkan salam maulidur Rasul 1432H - 2011M.
Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 1Malaysia 1 Ummah.

Pada hari ini. semua tempat di Malaysia merayakan perayaan Maulidur Rasul untuk berselawat mengenangkan sejarah kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Banyak acara yang diadakan seperti berarak, ceramah, ada laks anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan sebagainya.

Tidak kurang juga di media elektronik, banyak program keislaman disiarkan semata-mata mengingati sirah junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi adakah itu semua sudah cukup untuk membuktikan cinta kita kepada RasululLah. Seolah2 macam kita menyambut harijadi. Arini, ramailah yang wish kepada kita, pastu tunggu nanti tahun depan laks, orang ingat kepada hari birthday kita.

Umumnya, kita mengetahui bahawa RasululLah mengalami perjuangan yang pahit getir semata-mata untuk menegakkan agama Islam yang tercinta, tanpa perjuangan baginda, tidak mungkin Islam kekal hingga ke hari ini. Tidak mungkin kita semua beragama Islam jika tiada perjuangan untuk menegakkan agama Islam ini.

Tidak cukup sekadar kita ingat kepada RasululLah dgn menyambutnya melalui perarakan pada satu hari sahaja. sebenarnya kita perlu mendalami sirah perjuangan baginda menegakkan agama Islam. Iaitu dgn mengamalkan sunnahnya dan mengambil pengajaran serta iktibar daripadanya.

Paling kurang pun, walaupun kita semua tidak berjuang seperti nabi, kita berjuang di dalam kehidupan kita dgn mengamalkan sunnah nabi seperti berpuasa sunat, mengamalkan apa yang buat. bagaimana kehidupan RasululLah, kehidupannya cukup bersederhana, bukannya bermewah2, prihatin dgn masyarakat sekitarnya.

Kalau diceritakan di sini, tidak cukup untuk menerangkannya kerana luas skopnya. Kerana RasululLah itu ikutan semua dan role model untuk kita ikuti. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun, bidang pentadbiran, bidang kekeluargaan, bidang pengurusan dan lain-lain lagi.

Akhirnya, kita hendaklah mencintai dan mempelajari sirah RasululLah untuk dijadikan iktibar kepada kita semua setiap hari, bukannya meraikan kelahiran RasululLah pada 12 Rabiul Awal setiap tahun sahaja.

Sunday, February 13, 2011

Alhamdulillah, akhirnya .......




Assalamualaikum WarahmatulLah kepada semua.

Bertemu kita sekali lagi dalam nukilan blogku ini.
Dikesempatan ini, aku ingin berkongsi kegembiraan dgn semua pembaca blogku, tidak kiralah walaupun seorang yang membaca blogku ini, aku hargainya. Terima kasih kerana sudi membaca blogku yang kurang sempurna ini. Sesungguhnya yang sempurna itu hanya datangnya dari Allah S.W.T. dan yang kurang itu, daripada hambaNya, termasuklah diriku ini. Walaupun diri kita kurang sempurna, kita digalakkan untuk berusaha untuk mengatasi segala kelemahan dan kekurangan itu, barulah kita ini menjadi insan yang unggul. Panjang pulak aku bersyarah, xperla, kalau kalian sudi mendengar, apa salahnya kl kita ini diberi peringatan atau tazkirah, mudah-mudahan mendapat ilmu darinya, insya Allah .....

Berbalik kepada ceritaku tadi, sebenarnya aku ingin berkongsi kegembiraan dgn anda semua tentang kelahiran cahaya mataku yang pertama iaitu seorang puteri yang diberi nama "ANEESA SAFIYYAH BINTI SYAHRIZAL". Nama itu sebenarnya isteriku yang berikan semasa dia mengandung lagi. Tak perla, berilah peluang kepada dia, yerla dia yang melahirkan zuriatku. Anak yang seterusnya, aku pula yang berikan, insya Allah. Aku pun xkisah benda tu, yang penting namanya cantik dan bermakna yang baik. Maknanya pun sedap 'Penghibur yang memberikan ketenangan'. Okla tu.

Sebenarnya aku ingin berkongsi peristiwa kelahiran puteriku itu. Ketika aku berada di Sabah lagi, iaitu 4 hari sebelum dia dilahirkan, iaitu pada petang hari Khamis, isteriku telah pergi membuat pemeriksaan di klinik berhampiran dgn sekolahnya. Setelah menjalani pemeriksaan, didapati isteriku terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Melaka. Ini adalah kerana dia menghadapi tekanan darah yang tinggi. Itulah pengalaman pertama dia menaiki ambulan. Menurut ceritanya, hanya Allah sahajalah yang tahu mcammana berada di dalam ambulan, kl orang yang berpengalaman menaiki ambulan tahulah camne rasanya. Kita di luar terasa ambulan tu laju, orang yang berada di dalamnya lagila.

Selepas berada di hospital laks, isteriku telah diperiksa oleh doktor dan terpaksa menunggu berjam2 keputusan pemeriksaannya. Akhirnya lebih kurang pada pukul 1 pagi, isteriku terpaksa dimasukkan di dalam wad. Untuk pengetahuan semua, pada mulanya, isteriku ditemani oleh adiknya iaitu adik iparku. Tapi pada malam itu, dia pulang ke rumah untuk mengambil keretaku yang ditinggalkannya di klinik dan berehat di rumah.

Keesokan harinya, iaitu pada hari Jumaat, pada tengaharinya, alhamdulillah, isteriku dibenarkan pulang ke rumah setelah doktor berpuas hati dgn hasil pemeriksaannya.

Berbalik padaku pula, aku telah membeli tiket untuk pulang, tujuanku pulang ialah untuk menghantar isteriku pulang ke kampung supaya dia melahirkan anak di kampung. Yerla, di kampung senang, ramai orang yang dapat menjaganya berbanding dgn Melaka, tiada saudara mara. Aku berangkat dari Kota Kinabalu pada hari Sabtu malam dan sampai di LCCT pada pukul 1 pagi. Pastu aku duk menunggula smpai jam 9 pagi untuk menaiki bas ke Melaka Sentral. Paham2 sendirilah, kat situ, manalah boleh tido lena sgt, nasib baikla ada laptop, so layanla apa2 yg menarik terutamanya facebook.

Pukul 9 pagi, tunggu punya tunggu, bas smpai lewat, dah pukul 9.40 barulah bas smpai, alasan dia, jammedla, ada eksidenla. Sebelum tu, aku call isteriku, dia kata pagi tu dia berasa sakit perut. Dia bagitau aku, dia nanti nak g klinik berdekatan Melaka Sentral untuk diperiksa. Dalam perjalanan aku dalam bas menuju ke Melaka, isteriku msg aku, dia bgtau, doktor memintanya pergi ke hospital dgn segera. Lalu dia pun terus ke hospital menaiki teksi bersama adik iparku. Dia pun msg aku, smpai di Melaka Sentral nanti, terus ke hospital Melaka untuk amik kunci kereta daripada adik iparku.

Sampainya aku di Melaka dkat jam 11 pagi sudah. pastu cepat2 aku mengambil teksi, terus ke hospital melaka, smpainya aku di hospital, dan mengambil kunci kereta daripada adik iparku, dia pun menyuruhku membeli keperluan bayi. Hatiku terdetik dan terkejut. Biar betul, dah nak bersalin. Padahal duenya lambat lagi. Lebih kurang 3 minggu. Memberku bagitau, anak sulung ni, memang begitu, kadang2 awal, kadang2 lewat. Pastu aku menaiki teksi kembali ke Melaka Sentral. Anda semua nak tau, berapa tambang teksi tu ulang alik dari Melaka Sentral ke Hospital Melaka yang jaraknya hanya beberapa minit sahaja boleh smpai, itu kerana ikut jalan "short-cut". RM50. Biarlah nak wat camne, dah terdesak, terima jerla.

Smpainya aku di Melaka Sentral laks, aku terus pergi ke Mydin 24 jam yang berdekatan, untuk membeli keperluan. Aku ni manalah tau sgt, brg2 apa yang hendak dibeli, sebenarnya benda2 tu semua sudah dibeli, tapi tinggal di kampung. yerla, ingat sempatla balik kg. Inilah jadinya, kita hanya merancang, Tuhan sahaja yg menentukannya. So, terimalah semua ketentuan Illahi. Pasti ada hikmah darinya.

Pada pukul 5, isteriku telah dimasukkan dalam bilik pembedahan, aku tidak boleh masuk melihatnya, mestilah orang lain berkata, "rugilah tidak masuk, tengok bagaimana susahnya isteri kita melahirkan anak, berkorban nyawa, antara hidup dan mati, semata-mata melahirkan anak. Sebenarnya sudah jadi peraturan hospital Melaka, ini yg aku tahula, xtau laks, kl hospital2 di tempat lain, suami hendaklah mengikuti kursus untuk memasuki dewan pembedahan dan akan dapat sijil. sijil itu diperlukan untuk memasuki dewan pembedahan. mesti ada rasionalnya, pihak hospital perlukan sijil itu. Kl boleh masuk pun, aku tidak mampu untuk masuk, yerlah, diriku ini berasa lemah, yerlah, dah xtido semalaman, tiada rehat yang cukup. Aku hanya mampu berdoa agar isteriku selamat melahirkan zuriatku.

Alhamdulillah, sedang orang lain kalut mengikuti perkembangan keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang dan menunggu masuknya waktu maghrib, pada pukul 7.21 malam. 30 Januari 2011, akhirnya anakku iaitu seorang puteri selamat dilahirkan ke dunia yang penuh dgn pancaroba ini. Aku bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana isteriku selamat melahirkan anakku yang pertama tanpa melalui pembedahan.

Kl nak diceritakan satu persatu, panjang lagila penerangannya. nanti kesian laks, kepada pembaca semua. bukan aku nak dedahkan peristiwa ini, bukan nak riak, tapi sebagai pengajaran kepada bakal bapa yang akan menimang cahaya mata. sekurang-kurangnya, pengalaman aku ini dapat dijadikan iktibar kepada semua agar kita semua bersedia dgn apa yang berlaku. segala benda yang terjadi, itu adalah perancangan dari Tuhan Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya, kena redha dgn takdir yang telah ditetapkan kepada kita.

Sunday, January 16, 2011

Salam tahun baru 1432H & 2011M

Assalamualaikum kepada semua

Terlebih dahulu, aku ingin meminta maaf kepada semua kerana sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog aku ini.
Entahla, kenapa skrg macam aku ni malas betulla nak mencoretkan sesuatu untuk menjadi tatapan kepada anda semua. Mungkin disebabkan oleh kesibukan yang dibuat2 ataupun betul2 sibuk. Ikut mood katakan.

Sebelum meneruskan bicara dgn lebih panjang & lebar kononnya, ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru walaupun sudah lama berlalu, tapi nak wat camner, baru jer dituliskan, lantak ler.....

Semoga dengan bermulanya tahun baru ini, memberi kita semua kekuatan untuk meneruskan kehidupan kita yang entah bila akan smpai penghujungnya. Oleh itu, marilah kita sama-sama meningkatkan usaha supaya kehidupan kita semua diberkati & bermanfaat kepada semua bukan sahaja kepada kita. Manalah taukan, mgkin tahun ini merupakan tahun kita yang terakhir untuk meneruskan kehidupan, kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita akan datang.

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawanku yang dapat pindah ke semenanjung. Walaupun aku merasakan kesedihan untuk berpisah dengan mereka, tapi aku terpaksa merelakan mereka pergi. Mungkin di lain masa kita akan bertemu kembali. Kepada mereka, aku ucapkan selamat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita.

Rasanya buat permulaan untuk aku kembali mencoretkan sesuatu di blog ini hanya cukup setakat ini sahaja, Insya Allah, kalau aku ada kelapangan masa, aku akan mencoretkan lagi buat tatapan semua. Kalau ada silap & salah, harap dimaafkan, Sekian.

Friday, April 30, 2010

SKIM DANA WAKAF MASJID AS-SYAKIRIN


Assalamualaikum WarahmatulLah wbt.
Pada hari Jumaat yang lepas, saya menghadiri pelancaran Skim Wakaf Pembangunan dan Keceriaan Masjid As-Syakirin, Kudat, Sabah. Sebagaimana gambar di atas. Pelancarannya dilancarkan oleh ADUN N1 Banggi iaitu Abdul Mijul Unaini.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mewar-warkan kepada anda semua yang ingin menyumbangkan dana untuk dijadikan wakaf kepada masjid ini. Murah sahaja, hanya RM25.00 untuk satu petak lot kaki persegi. Sumbanglah untuk amal jariah anda di akhirat kelak.
Sumbangan anda bolehlah diakaunkan kepada AMBANK atas nama Jawatankuasa Masjid As-Syakirin Kudat. No Akaun 169-001-008719-1.
Sumbangan anda amatlah diharapkan dan dihargai. Semoga sumbangan anda akan membawa kepada kebaikan semua dan akan diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Insya Allah.

Saturday, March 27, 2010

MTQ oh MTQ

Assalamualaikum Warahmatullah wbt

Salam pertemuan kepada semua pembaca blogku ini Rasanya sudah lama aku tidak menulis blog, biasala byk tanggungjawab & komitmen semenjak selepas kahwin.

Yerla, cuti sekolah pertengahan penggal aritu, baru diadakan kenduri kahwin, sibuk dgn persiapan dan macam2 lagi. Apapun terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus utk menjayakan kenduri perkahwinanku terutama kepada kaum keluargaku dan sanak saudara. Tanpa mereka, mungkin segala persiapan akan tergendala.

Buat pertama kali ni, aku ingin meluahkan perasaanku pasal tajuk blogku ini, iaitu MTQ oh MTQ. Buat makluman semua ditempatku, iaitu di daerah Kudat ini, tidak taula suasana berbeza di tempat lain. Apa yang aku nak "highlightkan" ialah tentang tarikh MTQ peringkat daerah Kudat. Sebelum ini dipersetujui pada 25 Mac 2010. Tetapi tarikh itu dipinda pada saat akhir iaitu pada 30 Mac 2010 (Selasa).

Anda semua nak tau kenapa tarikh itu dipinda? Ini adalah kerana tarikh itu bertembung dgn sukan daerah iaitu pada 23 - 26 Mac 2010 atas arahan pegawai PPD Daerah. Apa yang dikesalkan ada, sampai begitu sekali, sukan didahulukan berbanding dgn MTQ. Apalah sgt MTQ tu bagi diorang. sampaikan taklimat hakim pun, pegawai dari PPD pun dtg sekejap sahaja, bukan meraikan para hakim. Kitorg bukan nak mengharapkan penghargaan, tapi sekurang2nya, adalah jugak, kehadiran kami untuk sama-sama menjayakan MTQ tersebut dihargai. Sama-sama duduk semeja berbincang permasalahan yang berlaku sepanjang MTQ tersebut.


Malulah kita sebagai umat Islam, MTQ ini, bukan bidang Pendidikan Islam, tetapi ia adalah sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum di luar bilik darjah. Sedihla begini, MTQ dipinggirkan daripada bidang pendidikan. Sekurang-kurangnya MTQ ni samalah taraf dgn sukan yang lain. Paling menyedihkan lagi, apabila peruntukan utk MTQ ini dikurangkan dan terpaksa mencari dana sendiri. Faham2 sendirilah kalau di sabah amnya dan di Kudat khasnya, bidang agama ini, tidak diambil berat sgt oleh ibu bapa.

Terus terang saya cakap, ada dikalangan ibu bapa berbangga dgn anaknya aktif dalam sukan berbanding dgn bidang agama. Malah pakaian anaknya menyertai sukan pun, ibu bapa tidak ambil kisah dgn berpakaian seluar pendek lagi ketat untuk perempuan. Yang penting, anak mereka menjadi atlet yang terkenal.

Disebabkan itulah, penyertaan dalam MTQ ini kurang mendapat sambutan daripada murid dan ibu bapa. perkara ini amat menyedihkan kita kerana sebagai umat Islam sepatutnya kita mengutamakan anak kita dalam bidang agama terutama dalam bidang pengajian Al-Quran. masih banyak lagi masyarakat yang buta Al-Quran dan dalam bidang agama. Mereka lebih suka kepada hiburan terutama Akademi Fantasia, Mentor dan sebagainya.

Insaflah wahai masyarakatku, adakah kita ni lupa bahawa sebagai hamba Allah kita hanya dipinjamkan hayat kita hidup di dunia semata-mata untuk mencari bekal di akhirat nanti. Kita akan ditanya di akhirat nanti apakah amalan yang telah dilakukan oleh kita semasa hidup di dunia. Apa yang ingin kita bagitau? sedihlah kalau kita hidup di dunia semata-mata untuk mencari hiburan dan leka dgn kehidupan di dunia.

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi