Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H - 2011M

Salam kepada semua.

Dikesempatan ini, aku mengucapkan salam maulidur Rasul 1432H - 2011M.
Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 1Malaysia 1 Ummah.

Pada hari ini. semua tempat di Malaysia merayakan perayaan Maulidur Rasul untuk berselawat mengenangkan sejarah kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Banyak acara yang diadakan seperti berarak, ceramah, ada laks anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan sebagainya.

Tidak kurang juga di media elektronik, banyak program keislaman disiarkan semata-mata mengingati sirah junjungan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi adakah itu semua sudah cukup untuk membuktikan cinta kita kepada RasululLah. Seolah2 macam kita menyambut harijadi. Arini, ramailah yang wish kepada kita, pastu tunggu nanti tahun depan laks, orang ingat kepada hari birthday kita.

Umumnya, kita mengetahui bahawa RasululLah mengalami perjuangan yang pahit getir semata-mata untuk menegakkan agama Islam yang tercinta, tanpa perjuangan baginda, tidak mungkin Islam kekal hingga ke hari ini. Tidak mungkin kita semua beragama Islam jika tiada perjuangan untuk menegakkan agama Islam ini.

Tidak cukup sekadar kita ingat kepada RasululLah dgn menyambutnya melalui perarakan pada satu hari sahaja. sebenarnya kita perlu mendalami sirah perjuangan baginda menegakkan agama Islam. Iaitu dgn mengamalkan sunnahnya dan mengambil pengajaran serta iktibar daripadanya.

Paling kurang pun, walaupun kita semua tidak berjuang seperti nabi, kita berjuang di dalam kehidupan kita dgn mengamalkan sunnah nabi seperti berpuasa sunat, mengamalkan apa yang buat. bagaimana kehidupan RasululLah, kehidupannya cukup bersederhana, bukannya bermewah2, prihatin dgn masyarakat sekitarnya.

Kalau diceritakan di sini, tidak cukup untuk menerangkannya kerana luas skopnya. Kerana RasululLah itu ikutan semua dan role model untuk kita ikuti. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun, bidang pentadbiran, bidang kekeluargaan, bidang pengurusan dan lain-lain lagi.

Akhirnya, kita hendaklah mencintai dan mempelajari sirah RasululLah untuk dijadikan iktibar kepada kita semua setiap hari, bukannya meraikan kelahiran RasululLah pada 12 Rabiul Awal setiap tahun sahaja.

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi