Friday, May 30, 2008

Guru : Antara Kebenaran & Kepalsuan

Petikan harakahdaily.net

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik. -->-->

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:
Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.

Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.

Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik
Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.
Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Kenangan bebudak 80an

kenangan budak2 yg lahir pd thn 80'an mesti
ingat mase skola rendah dulu:
- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak
duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je.
bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk
padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm
air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolajla, ape la...
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~
pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende
nih...
hehehee..

Aku malu menegur perkara mungkar

dipetik dari ukhwah.com

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.
Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.Persepsi Diri Yang Salah, Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, AJK kerohanian, ustaz atau ustazah dan sebagainya. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti Nabi Muhammad SAW.
Tidak kurang juga ramai yang takut kerana khuatir terjejasnya pengaruh, populariti dan keseronokan pergaulan sedangkan sebagai umat Islam keredhaan ALLAH itu adalah matlamat dan mengatasi segala-galanya. Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang TertentuSudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luar. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia melalaikan manusia, alamat kita sendiri sedang menuju kehancuran. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam Al Quran yang bererti, “Hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang Berjaya”. (Surah Ali Imran : 104)
Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif tidak akan putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan.Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri dan keperibadian kita sendiri. Lantaran itulah Islam menekankan konsep keperibadian dan akhlak yang mulia. Islam itu adalah menyeluruh dan tidak terhad setakat ibadat solat lima waktu di masjid dan surau semata-mata. Tetapi, penerapan dan aplikasi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian dalam pelbagai cabang dan ruang lingkup. Dengan ini akan lahirlah keseimbangan(Tawazun) antara ibadat yang dikerjakan dan kesan pengibadatan tersebut yang dizahirkan melalui akhlak dan peribadi kita.
ALLAH melihat usaha kitaPastinya, Allah melihat natijah kepada usaha kita yang sentiasa menyeru kepada kebaikan. Kepekaan dan sensitiviti kita terhadap perkara mungkar walaupun kita berhadapan dengan suasana yang seperti menghalalkan perkara tersebut tetapi hukum Islam kekal mengharamkannya. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

Thursday, May 29, 2008

Petua untuk hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

1-Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

2-Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

3-Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

4-Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

5-Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

Jangan bersedih (La Tahzan)

Jgn bersedih..cinta Allah n Rasulullah menjamin kebahagiaan,
Jgn bersedih..redha dgn anugerah Allah,membuat kita kaya d dunia..
Jgn bersedih..Allah Maha Pengampun lagi Maha penerima taubat,serta rahmatNya yang Maha Luas,
Jgn bersedih..semata2 kte berbeza dr org lain,krna setiap kejadian Allah itu ada klbhn tersendiri,
Jgn bersedih..bla dsakiti,dcela,drendahkan atau dzalimi krn setiap prkara yg berlaku adalah dugaan yg Esa,
Jgn bersedih..kerna sesungguhnya setelah kesusahan akan adakemudahan..
Jgn bersedih atas perilaku manusia terhadapmu,ttp perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah..

Pengajaran kepada semua

Subject: 3 soalan...


Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

sukan sekolah


salam kepada semua.

di sini, aku ingin berkongsi kenangan indah semasa sekolahku semasa mengadakan sukan tahunan sekolah, iaitu pada 21 & 22 April yang lepas. Maafla jika terlewat postkan artikel ini, ini adalah kerana masalah perhubungan yang tidak dapat diatasi, almaklumlah sekolah pedalaman kan.
untuk pengetahuan semua, inilah pertama kali diadakan sepanjang aku bertugas di sekolah tersebut, mungkin akan menjadi kenangan kepadaku bila meninggalkan sekolah tersebut nanti.
antara acara yang diadakan ialah senaman poco-poco, acara lumba lari, acara lumba "pump-boat", menyelam sambil tahan nafas dan pertandingan bola sepak,
walaupun tidaklah sehebat sekolah yang berada di bandar, sekurang-kurangnya, hati kami semua terhibur. kerana pada masa inilah kita semua berjumpa dan beramah-mesra dengan penduduk kampung.
akhir kata, majulah sukan utk negara.

Tuesday, May 27, 2008

Ibu vs Kekasih

Dipetik daripada friendster.com

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu

Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu

Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….maaflah kerana saya tidak tahu siapa empunya yang menciptakan sajak yang menyentuh hati ini, saya copy dari grup penawarku menarik rasa insaf terutama sekali bila mengenangkan diri ini berjauhan dengan emak dan ayah yang sudah bergelar warga emas, kalau boleh mahu bersama mereka setiap saat tetapi apakan daya keadaan yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Doaku semoga mereka di panjangkan umur dan di limpahi rahmat dan kasih sayang Allah……

Selamat bercuti

Assalamualaikum Warahmatullah wbt

Salam ukhwah buat semua pengunjung laman blog saya ini.
Sudah lama sy tidak menulis di laman blog ini. Almaklumlah banyak sgt urusan dan sy pun masih bertugas di pedalaman yang tiada kemudahan perhubungan, bekalan air dan elektrik dan sebagainya. mungkin belum smpai masanya lagi untuk sy berhijrah ke tempat yang mempunyai kemudahan lengkap tersebut. Mungkin Allah mahu menguji ketabahan hati saya, saya akur dan redha di atas segalanya.

Berbalik kepada topik yang saya buka ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada guru-guru, murid-murid dan sesiapa sahaja yang tengah bercuti. Penuhkanlah masa cuti ini dengan benda yang berfaedah, contohnya menghadiri kuliah agama, mengunjungi sanak saudara dan sebagainya. kepada yang belajar, selamat mengulangkaji pelajaran terutamanya kepada sahabat-sahabat jQAF yang memasuki maktab semasa cuti ini dan tidak lupa juga kepada yang akan menduduki peperiksaan, selamat menduduki peperiksaan.

Tidak lupa juga, tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga pendidik tidak kira yang masih berkhidmat dan yang sudah bersara. Jasamu akan kukenang sepanjang hayat. Di kesempatan ini juga, saya ingin menghadiahkan ucapan al-Fatihah kepada guru-guru yang sudah meninggal dunia. Semoga roh guru-guru akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh, insya Allah.

Kepada yang melangsungkan perkahwinan, saya juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. dan ingatlah perkahwinan itu bukanlah satu perkara yang mudah, kerana jika tersilap langkah, kita akan merana sepanjang hayat. Umpama menaiki kapal yang belayar menuju ke puncak abadi.

rasanya setakat ini dahulu, coretan saya, dan insya Allah, kita akan bertemu lagi, di lain masa dan ketika.

sekian, wassalam

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi