basmalah Pictures, Images and Photos

Monday, August 25, 2008

salam buat semua

Assalamualaikum wbt.
salam pertemuan buat semua,
dah lama ana xbagi komentar dalam laman blog ini,
asyik2 copy & paste artikel dari laman web komuniti dan lain2 sumber jer,
almaklumlah masa yang membataskan ana untuk menulis.
di dalam bulan ogos dan september ni banyak peristiwa penting yang berlaku di dalam negara dan luar negara, dan itulah yang akan menjadi sejarah yang akan tercatat di dalam ingatan kita semua.
1) Pilihanraya kecil Permatang Pauh
walaupun kita nampak prk jer, tapi impaknya terlalu besar dalam semua berkaitan dengan negara kita. Ini adalah kerana calonnya merupakan org kuat dalam negara yang dianiaya selama ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. prk inilah yang akan merubah nasib pakatan rakyat dan kerajaan malaysia.
2) Sukan Olimpik di Beijing
Sukan Olimpik yang terbesar di dunia berlangsung di dalam bulan ogos ini. Kita harus berbangga walaupun hanya mendapat sebutir pingat perak kerana dua sukan olimpik sebelum ini, kita pulang dengan tangan kosong sahaja. sekurang2nya dapatlah mengubat hati kita terhadap sukan olimpik yang skrg ini dipolitikkan.
3) Kes liwat saiful bukhari azlan
Ana no komenlah dgn kes ini, kerana kes ini meragukan adakah ia betul2 berlaku atau sebaliknya dirancang untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengakuan bersumpah saiful yang menjadi isu dan heboh diperkatakan walaupun kes ini belum selesai dan baru dibicarakan di mahkamah.
4) Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa
Majlis ini menjadi tenggelam dek banyak peristiwa yang lebih hebat daripadanya iaitu sukan olimpik dan prk permatang pauh, menjadikannya tidak penting, yang sepatutnya penting kerana ia dapat menginsafkan kita dan mengambil intipati bacaan yang lebih penting daripada isu semasa yang lain kerana itu adalah daripada Allah swt.
5) sambutan kemerdekaan malaysia yang ke 51
Ini paling menyedihkan kita kerana semacam hambar berbanding daripada tahun seblumnya yang meriah disambut. semacam rakyat malaysia memboikot sambutan kemerdekaan pada tahun ini disebabkan kenaikan harga minyak walaupun baru sahaja diturunkan tetapi tidak memberi kesan kepada ekonomi.
6) bulan ramadhan 1429H
tinggal beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kehadiran bulan ramadhan al-mubarak yang memberikan ganjaran pahala yang besar daripada ganjaran kemewahan di dunia ini. marilah kita sama2 mengejar ganjaran yang tidak terhingga ini. insya Allah.
mungkin banyak lagi peristiwa yang akan berlaku, kerana kita hanya merancang, tetapi Tuhan shj yang menentukannya dan semua kejadian yang berlaku dan akan berlaku bukan terjadi dengan sendirinya, malah ada hikmah sebaliknya utk kita berfikir. semoga kita mengambil iktibar untuk menjadikan kita sebagai hamba Allah yang mulia dan cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat. insya Allah

Tazkirah sempena Ramadhan 1429H

Alhamdulillah. ..

Allah SWT mengasihi ki ta ,
Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah , tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya , sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya , gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasulullah s.a.w."
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara , tanpa bil.
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Saturday, August 23, 2008

7 Hal Agar Selalu Takut Kepada Allah

dipetik dari www.halaqah.net

Abu Al-laits sebagaimana Imam Al-Ghazali dalam “Mukasyafah Al-Qulub” mengajarkan kita untuk melakukan 7 hal agar selalu takut kepada Allah:
1. Takut kepada lidah.- Mencegah lidahnya dari perkataan dusta, menfitnah, menipu dan perkataan yang tidak berguna. Sebalknya ia menggunakan pada jalan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan menghafal ilmu.
2. Takut kepada kalbu.- Mengeluarkan daridalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian, dan hasad dengki.Ini kerana hasad dengki dapat menghapuskan amal kebajikan, sebagaimana hadith jujungan mulia: “Hasd dengki memakan kebaikan seperti api membakar daun kering”
3. Takut pada pandangan.- Tidak memandang sebagaimana perkara-perkara yang diharamkan Allah. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada sesuatu seraya mengambil pelajaran hidup (`ibrah) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : “Barangsiapa yang memenuhi kedua matanya dengan pandangan haram, nescaya pada hari kiamat Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api neraka.”
4. Takut pada perut.- Tidak memasukkan ke dalam perutnya segala makanan dan minuman yang haram. Sebagaimana hadith yang bermaksud: “Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap malaikat di bumi dan langit melaknatnya selama suapan berada di dalam perutnya. Jika ia mati dalam keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahanam.”
5. Takut pada tangan .- Tidak menggunakan kepada jalan kemungkaran. Sebaliknya pada jalan yang diredhai Allah. Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w : “Allah s.wt membangunkan sebuah rumah itu 70 ribu buah rumah yang masin-masing memiliki 70 ribu kamar. Tidak ada orang yang dapat memasinya kecuali orang yang meninggalkan setiap yang haram kerana Allah.”
6. Takut pada kaki.- Tidak berjalan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sebaliknya ia bejalan pada ketaatan dan keredhaan Allah serta dalam bergaul dengan para ulama.
7. Ketaatan.- Menjadikan ketaannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah serta takut akan riak dan kemunafikan. Apabila melakukan hal itu, termasuklah ia dalam orang-orang yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya di dalam surah At-Thur ayat 17 dan surah Az-Zukhruf ayat 35.

9 Pembaziran Tanpa Disedari

dipetik dari www.halaqah.net

Ibnu Qayyim al-Jauziyah,ulama dan tokoh gerakan dakwah islamiyah ialah murid kepada ulama terbilang iaitu Syeikh ai-Islam Ibnu Taimiah.
Beliau juga turut mempunyai banyak karya ilmiah seperti kitab Ar-Ruh,Al-Fawaid,tafsir dan banyak lagi yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibnu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijjrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada tahun 751 Hijjrah (1350 Masihi).
Ibnu Qayyim al-Jauziyah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
1. Ilmu pengetahuan ; membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan ; membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
3. Kekayaan ; membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah.
4. Hati ; membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan ; membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta ; membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya
7. Masa ; membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Akal ; membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
9. Zikir ; membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Saturday, August 16, 2008

Tak yah tutup kepala kot

dipetik friendster.com

Tidak Usahlah Bertutup Kepala

Perempuan Islam di Malaysia sangat suka memakai tudung, di mana-mana pun kita akan melihat begitu ramai sekali perempuan yang memakai tudung dengan pelbagai gaya, saiz dan warna. Mereka sememangnya berhak memakai apa sahaja yang mereka suka di negara demokrasi ini selagi ianya tidak membahayakan ketenteraman, keselamatan dan kesihatan awam.

Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana bijaknya perempuan Islam Malaysia menggayakan tudung dengan jeans yang ketat dan baju yang sendat sehinggakan menampakkan segala bentuk dan lekuk di badan mereka. Ada yang memakainya dengan kain yang terbelah menampakkan dengan jelas paha mereka apabila mereka melangkah, anda mungkin pernah lihat bagaimana kakitangan perempuan MAS yang bertugas di kaunter-kaunter daftar masuk KLIA.
Ada yang memakai tudung tetapi dipadankan dengan baju yang ketat dan pendek sehingga menampakkan kulit di belakangnya apabila mereka duduk. Yang peliknya mereka akan berlagak malu-malu atau ‘mahal’ dengan menarik-narik hujung bawah baju mereka agar kulit mereka tidak diintai oleh mata-mata yang berminat. Rasionalnya apabila seseorang yang memakai begitu, pasti mengharapkan perhatian daripada orang ramai agar mereka berasa teruja melihat pakaian mereka yang menarik serta badan mereka yang cantik, tetapi kenapa apabila mereka mendapat perhatian itu mereka berlagak seolah-olah malu pula?
Penulis berasakan bahawa kita perlu menggalakkan saudara-saudara perempuan Islam kita agar berpakaian dengan lebih longgar dan labuh, dan sepatutnya inilah yang kita perlu dahulukan daripada cepat-cepat menyuruh mereka memakai tudung kepala tanpa mereka faham apa-apa tentang aurat, maruah dan kesopanan seorang perempuan Islam. Tidak usahlah memakai tudung sekiranya masih belum puas ingin menonjolkan segala bentuk dan lekuk di badan, dan masih ingin membonceng motosikal dengan lelaki mahram sambil berpelukan. Kalaulah sudah mengenakan tudung, padankanlah dengan pakaian yang longgar, labuh dan sesuai, dan tidak usahlah bersuara kuat-kuat dan bergelak ketawa kalau hanya sekadar ingin menarik perhatian lelaki.

Kerana tudung itu punya roh dan peranannya yang tersendiri, ia adalah lambang kesopanan dan kemuliaan seorang perempuan Islam yang berakhlak mulia. Ia lebih daripada sehelai kain, ianya mewakili aurat dan maruah seorang perempuan yang baik. Jadi perempuan, janganlah kau cemarkan!

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi