basmalah Pictures, Images and Photos

Saturday, January 10, 2009

Salam pertemuan

Assalamualaikum Warahmatullah w.bt.







Alhamdulillah dapat bertemu skali lagi, untukku mencoretkan kenanganku berpindah tempat mengajar dari Sekolah Kebangsaan Kapitangan, Pulau Banggi ke Sekolah Kebangsaan Terongkongan, Kudat.





Walaupun ada memberku yang bertanyakan kepadaku, kenapa tidak berpindah ke semenanjung terus atau balik ke kampung sendiri, aku menyatakan tidak apalah, lain kali sahajala, yg penting, aku dapat keluar daripada siksaan batinku berada di sekolah di pulau selama tiga tahun. Bagiku tiga tahun itu sudah cukup untukku belajar mcammana untuk mengenal erti kehidupan yang penuh dengan cabaran, onak duri, semata-mata untuk mendidik anak bangsa.





Kekadang, aku terfikir gaks, sewaktu ku melihat klip video guru pedalaman, atau cerita pada masa aku masih sekolah lagi iaitu "Cikgu Limau Kasturi". Rupa-rupanya, aku pun tergolong dalam kisah tersebut.





Mengimbas kembali kenangan masa aku posting iaitu pada awal tahun 2006 dahulu, aku dikumpulkan bersama kwan-kawanku yang lain di Kuala Lumpur International Hotel di Kampung Baru. Memula aku mendapat surat daripada JAPIM iaitu jabatan yang menguruskan segala hal ehwal guru pendidikan Islam, aku merasa bangga dgn hotel tersebut, yerla ada nama international, hebatla, rupanya indah khabar daripada rupa, hotel tersebut dah lama, milik koperasi apa ntah, aku dah lupe.



Malam tu, kitorg diberi taklimat ttg penempatan kitorang, ada yang dapat di sabah dan ada yg dapat di sarawak. Aku terpilih sebagai pengurus utk membantu kengkwan yg dapat di sabah. Almaklumlah aku dahulu menuntut di Maktab Perguruan Kent, Sabah, jadi diorang memilih aku sebagai pemudah urusan.



awal2 pagi keesokan harinya, kitorang bertolaklah ke KLIA dengan menaiki bas. Sampainya di KLIA, kitorg beratur panjang, yerla masing2 penuh debar yerla, meninggalkan tanah semenanjung katakan. sampainya aku dan kengkawan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kitorg di bawa ke Airport View Hotel menaiki bas yang disediakan. kitorg tinggal di hotel tersebut selama 3 hari 2 malam. Aku pun dah lupa, disitulah kitorang diberi taklimat ttg perkara berkaitan memula menjadi pendidik dan penjawat awam. kitorang juga diberi motivasi utk menaikkan semangat kami untuk mendidik anak bangsa.



Saat yang ditunggu2 telahpun tiba, pada malam terakhir kami berada di hotel, seingat itu malam Jumaat, kami diberikan daerah penempatan kami, memula kitorang dibahagikan mengikut gabungan masing2. aku dapat gabungan kota marudu. Penyelia Pendidikan Islam Gabungan Kota Marudu ketika itu ialah Tn. Hj. Ahmad Shariff Namhuri, orang perak yang berkahwin dgn org sabah dan menetap di sabah.



Selepas ktiorg dikumpulkan dalam satu gabungan, kitorg diberikan surat penempatan di sekolah. Aku ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kapitangan, Kudat. Pada mulanya aku bersyukur kerana tidak dapat di pulau, tapi bila ku tnya pegawai, rupa-rupanya sekolah itu terletak di pulau banggi. Hampalah perasaanku.



Keesokan harinya, aku dan kengkawan yang mendapat penempatan di daerah Kudat, dibawa menaiki kereta sewa, di sini digunakan Toyota Unser. Kami sampai di PPD Kudat pada waktu petang, lebih kurang pukul 3 ptg. Kami diberikan taklimat daripada Penyelia PPD iaitu En. Yunus. Selepas itu, kami yang mengajar di pulau banggi iaitu seramai 10 org dibawa ke Rest House Kudat. Perbelanjaan di situ, ditanggung oleh kami sendiri. Pada hari pertama, kami menginap tiga org sebilik. sehinggalah hari kedua, manakala pada hari ketiga, kami berkongsi enam org sebilik oleh kerana sudah kekurangan wang. Selepas itu, iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Idul Adha, kami menumpang di rumah kawan-kawan yang mengajar di sekitar kudat.



selepas beberapa hari, aku berjaya menghubungi Guru Besar sekolah aku ditempatkan. Dia menceritakan keadaan di pulau tersebut dan meminta aku mempersiapkan diri membeli barang keperluan seperti dapur, kuali, periuk dan sebgainya, untuk masuk bersama dengan dia pada pagi lusa.

hari yang ditunggu telah tiba, dalam pukul 1 petang, aku bersama guru besar menaiki feri di jeti kudat ke karakit, iaitu jeti di pulau banggi. perjalanan mengambil masa selama sejam lebih. mesti anda semua tertanya tanya camner keadaan feri tersebut, nak kata feri, bkan feri tapi mcm bot ekspress, lebih kurangla. sampainya di jeti karakit, aku dan guru besar telah menaiki kapal nelayan utk ke sekolah tersebut. semasa dalam perjalanan tersebut, memulanya amat menyeronokkan, tapi lama kelamaan, menjadi bosan. tambahan pula, aku ni mabuk laut, perjalanan laks memakan masa dua jam lebih. aku plaks tidak tahan dengan bauan minyak diesel dan asap kapal, lalu tekak aku menjadi mual dan aku muntah beberapa kali sehingga badanku terasa lemah. itulah pengalaman ku pertama kali menaiki kapal nelayan.

lebih kurang dua jam, aku sampailah di sekolah kebangsaan kapitangan. nasib malang menimpaku, handset aku rosak semasa aku turun dari kapal kerana seluarku basah terkena air laut yang masin. aku diperkenalkan dengan guru-guru di sana dan aku ditempatkan bersama-sama dengan guru yang beragama kristian. pada mulanya aku berasa risau, yerla, sebelum ini tidak pernah aku tinggal bersama dengan yang bukan seagama. tapi lama-kelamaan, kami serasi dan dia pun memahami tatasusila. untuk pengetahuan semua, disitu tiada kemudahan elektrik dan perhubungan seperti telefon. aku merasakan macam aku ni dibuang negeri, yang kita tidak tahu perkembangan semasa dan yang paling penting, keadaan keluarga di kampung.

dipendekkan cerita, aku tinggal di sekolah tersebut selama dua minggu lebih, dan keluar ke kudat untuk membeli barang keperluan harian. pada mulanya, aku bersama dua orang kawanku keluar menaiki "pump-boat" pada jam dua pagi. mula-mulanya, perjalananku ok, tapi lama-kelamaan, ombak semakin kuat dan menyimbah bot kami sehingga habis pakaian kami dan barang-barang kami basah.

selepas itu, aku bernekad juga ingin keluar ke kudat, dan kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki selama 6 jam. bayangkanlah, dengan membawa beg yang berat, akhirnya kami berjaya sampai di kampung meliyu dan disitu ada kenderaan. dan mereka membawaku ke sekolah yang berdekatan iaitu Sekolah kebangsaan padang. guru besar sekolah tersebut, bermurah hati, menumpangkan kami di rumahnya untuk bermalam dan menjamu kami. aku bersyukur sgt2 kerana ada lagi, pertolongan untuk kami. pada keesokan paginya, iaitu pada pukul 5 pagi, kami menaiki hilux untuk ke jeti karakit.

aku rasa setakat inilah dahulu coretanku. dan aku rasa anda semua mesti letih membaca cerita ku ini. nanti ada masa, aku akan bersambung lagi menceritakan kisahku bertugas mengajar di pulau banggi yang menjadi kenanganku untuk mendidik anak bangsa.

1 comment:

ana aziya said...

salam..
salam perjuangan..
hidup ini sememangnya mengajarkan kita kurikulum yang sukatannya tak tertulis di mana-mana..
oleh itu jadikan pengalaman-pengalaman sebagai panduan untuk kita tempuhi hari mendatang...

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi