basmalah Pictures, Images and Photos

Monday, December 10, 2007

10 Perkara Yang Membatalkan Syahadah

1) Syirik dalam beribadah kepada Allah s.w.t.

2) Bertawasul dengan makhluk.

3) Tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya.

4) Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa ideologi di dunia ini lebih baik dari apa yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

5) Membenci apa yang dikatakan sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w.

6) Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.

7) Menilik nasib atau bermain sihir.

8) Membantu orang kafir dalam menentang Islam.

9) Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi
kesalahan kerana semua agama adalah sama.

10) Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Just nak bagi sedikit contoh, jika diizinkan

1) Syirik dalam beribadah kepada Allah s.w.t.
Campur adukkan perkara syirik dengan ibadah. Berhari raya juga ibadah, tapi jika digabungkan dengan berpakaian Santa Claus atau bergabung dengan perayaan agama (bukan bangsa) lain, syirik padahnya

2) Bertawasul dengan makhluk.
Nak mintak tolong dengan Tuhan, tapi sebut nama Ayah Pin, Abuya dan sebagainya. Seolah-olah menidakkan sifat Allah, Samak dan Bashor.

3) Tidak mengkafirkan orang yang telah nyata kafirnya.
Kita tahu menolak hukum; yakni mengatakan yang haram itu halal atau sebaliknya pada perkara yang telah ada nas yang sabit boleh jatuh kepada kufur. Contohnya menganggap semua agama sama.

4) Mereka yang lebih berkeyakinan bahawa ideologi di dunia ini lebih baik dari apa yang
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Menganggap Islam menghapang kemajuan, kolot dan orthodoks. Juga menganggap jika perlu juga laksanakan Islam, kena tambah perkataan lain di belakangnya agar tidak nampak ekstrem

5) Membenci apa yang dikatakan sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w.
Sunnah RasululLah tanda cinta kepada baginda s.a.w. Jika tak mampu atau segan untuk mengamalkannya, terpulang kepada kita. Tapi jangan mempersendakannya seperti mengatakan pada zaman Nabi s.a.w tiada pisau cukur

6) Agama dan hukum Islam menjadi bahan sendaan atau mainan.
Memperlekehkan hukum-hukum Allah.

7) Menilik nasib atau bermain sihir.
Contoh yang paling terkenal adalah seperti ramalan nama-nama Perdana Menteri, teori RAHMAN; di mana relevannya teori itu padahal menilik nasib adalah haram!!

8) Membantu orang kafir dalam menentang Islam.
Contohnya memberi kerjasama dengan Israel seperti menyokong persidangan Annapolis atau menempatkan tentera kuffar harbiyyin di negara Islam

9) Percaya bahawa keluar dari agama Islam dan memasuki agama lain tidak menjadi
kesalahan kerana semua agama adalah sama.
Bukan setakat tiada undang-undang menghalang murtad, bercakap tentang murtad juga diharamkan di dalam khutbah Jumaat, silap-silap kena ISA

10) Menolak sebahagian daripada hukum agama Islam.
Ambil hukum agama yang dikira menguntungkan diri sahaja seperti Hari Raya, Iftar, Solat Hajat tetapi meninggalkan banyak yang lain seperti hudud, pengharaman arak dan sebagainya

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi