basmalah Pictures, Images and Photos

Wednesday, December 26, 2007

Tahun Baru, Azam Baru dan segala2nya baru

Assalamualaikum Warahmatullah w.b.t.


Bertemu kita sekali lagi dlm laman blog saya ini, Sedar x sedar kita dah nak melangkah tahun 2008 dan beberapa hari selepas itu, kita juga akan melangkah ke tahun baru 1429 H.

Apakah azam dan apa yang kita rancangkan dlm tahun 2007/1428 ni sudah terlaksana kesemuanya atau paling tidak pun separuh daripadanya sudah terlaksana atau tidak terlaksana langsung. Fikir-fikirkanlah.

Nabi pernah bersabda yang mafhumnya ialah hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan. Kita digalakkan bermuhasabah atau berfikir sejenak diri kita sebelum kita tidur tentang apakah yang aku lakukan hari ini memberi manfaat, berfaedah atau tidak? Supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Kepada semua, pada awal tahun tentulah sibuk kita dengan urusan dunia, yerla, anak-anak masuk sekolah, ada yang daftar semester baru, ada yang baru memulakan kerja, ada yang masih tercari-cari pekerjaan dan sebagainya. tapi adakah kita tidak terlintas dalam fikiran kita, kita banyak disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, sampai kita terlupa hendak fikirkan masalah kita di akhirat nanti.

Kita diseru bukan utk mengejar akhirat semata-mata, duduk berzikir setiap masa, tapi kita kenalah melakukannya dengan seimbang. Kita hanya memikirkan mencari rezeki untuk jasmani kita sahaja, kita tidak memikirkan masalah untuk diberi makan pada rohani kita, sebab itulah kita sanggup apa sahaja tanpa mengira halal dan haram, pahala atau dosa.

Kita juga dipengaruhi dengan faktor persekitaran, terima apa sahaja yang ditonjolkan dalam televisyen tidak kira yang berbayar atau percuma, dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan sebagainya.

Kita jangan sedih bila generasi kita yang akan datang lebih teruk daripada zaman kita sekarang. Biasalah, zaman dah berubah, itu dulu, zaman sekarang kan zaman terknologi, itulah yang kita selalu dengar. Bukan kita diseru supaya jumud, tidak boleh menerima sebarang kemajuan, tapi biarlah agama mengatasi segala-galanya. Kita hendaklah bertindak mengikut apa yang disarankan agama, tidak salah mengejar kemajuan, tapi jangan sampai kemajuan itu melalaikan kita mengingati Tuhan kita, sampai kita akan mati pada satu hari nanti, adakah kemajuan akan kita bawa bila kita sudah meninggal nanti, yang dibawa hanyalah amalan kita di dunia, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh dan mendoakan kita.

cukuplah setakat itu dahulu, peringatan buat kita semua, semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang silap itu, datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi