basmalah Pictures, Images and Photos

Sunday, December 9, 2007

Kenangan



Salam


Sedar x sedar sudah 2 tahun aku berkhidmat sebagai pendidik di SK Kapitangan, Kudat Sabah. Berbagai cabaran dan dugaan telah kulalui.

Buat makluman semua, untuk aku pergi ke sekolah tersebut dari Kudat menaiki feri selama 1 jam 30 minit sehingga ke Jeti Karakit. Dari Jeti Karakit pula menaiki pick-up selama 2 jam ke Kapitangan, dan selepas itu menaiki "pump-boat" atau berjalan kaki. Jika menaiki "pump-boat" perjalanan mengambil masa selama 45 minit manakala jika berjalan kaki pula mengambil masa satu jam setengah.

Di sekolah pula, aku tinggal di rumah guru yang disediakan. Pada waktu malam, kekadang generator dihidupkan, kekadang bertemankan lampu minyak tanah sebagai cahaya. Jika generator dihidupkan, ia akan bermula pada jam 7.00 mlm dan akan dimatikan pada jam 10.00 atau paling lewat jam 11.00 mlm.

Di sekolah juga, banyak pengalaman yang aku perolehi, seperti sebelum ini, aku tidak pandai langsung memasak, masak nasipun dulu pakai periuk elektrik, tapi di sini, aku tpaksa pakai dapur gas, kekadang aku masak nasi jadi hangit, lembik dan macam2 lagi. Tapi sekarang, aku dah pandai walaupun tidak seexpert mana, tapi bolehlah dimakan. Aku berasa bersyukur kerana jika aku tidak berada seperti ini, nescaya aku tidak akan mempunyai pengalaman ini.

No comments:

Mutiara Kata

Sign by Danasoft - For Backgrounds and Layouts

Peta Lokasi